My Calendar

Sunday, 31 May 2009

1 Jun 1979

Syukur, nikmat usia masih diberikan olehNya. Menjejaki angka 30 kini, dan secara relatifnya nilai 30 pastinya perlu mencerminkan nilai-nilai kehambaan kepadaNya dalam segenap hal. Dengan hadirnya nilai-nilai kehambaan kepadaNya akan memberikan kesan langsung kepada sikap, pelakuan dan pelaksanaan terhadap hubungan-hubungan lain (sebagai anak, suami dan semuanya). Ada beberapa perkara penting yang ingin dikongsi, antaranya:
  1. Amalan: Terlalu daif dan mesti dicari jalan keluar untuk memperbaikinya. Berikan hikmahmu Ya Allah.
  2. Cita-cita: 30 tahun masa berlalu, dan hingga detik ini masih belum dapat membuat atau menceburi bidang pengajian yang sememangnya diminati. bermula dengan PMR, SPM, ijazah pertama, ijazah sarjana, dan kini kedoktoran - semuanya bukan pilihan hati. Bukan tidak bersyukur, tetapi ingin juga diri ini rasakan satu masa nanti untuk mendalami pengajian bidang yang sememangnya diminati.
  3. Kematangan: Biarlah bukan angka yang menjadi ukuran. Ya, diri ini semakin tua, maka biarlah tindakan dan pelakuan benar-benar matang luar dan dalam. Moga diri ini diberikan kesabaran yang tinggi dan mudah mendidik hati.
  4. Hak-hak yang tidak tertunai: Maafkan diri ini atas hak-hak kalian yang tidak tertunai. Hak pencipta dari hambaNya, hak ibu dan bapa dari anaknya, hak isteri dari suaminya, hak sahabat dari sahabatnya, tidak dapat disenaraikan semuanya...Maafkan diri ini yang serba lemah
  5. Rendah diri: Biarlah semakin jauh kaki ini melangkah, semakin tinggi tangan ini menggapai bintang di langit, semuanya bukan milik diri ini. Terlalu tidak terhitung semua insan di sekeliling yang memberikan sumbangan. Moga diri ini tidak pernah lupa.

Akhirnya, moga hadirnya 1 Jun 2009 akan memberikan satu dimensi baru kepada insan bernama AFANDI AHMAD.

13 comments:

xeea said...

slmt hari lahir yg ke 30!
semoga pjg umur, murah rezeki dan bahagia selalu :)

psstt.. tarikh birthday kite same la. hee

en_me said...

hepi 30th besday bro afandi tewww.. salamms

azlan ahmad said...

salam,
slamat hari lahir..
semuga pjg umoq dan senantiasa diberkati oleh-Nya..
insyaallah..

Unknown said...

masa terus berlalu...adakalanya kita tidak sedar...adakah berlaku peningkatan dalam hidup kita..hargailah..peluang umur yang dipinjamkan oleh NYA..

Selamat Hari Lahir wahai GURU,ABANG,SAHABAT..saudara dunia dan akhirat

Anonymous said...

salams, muda lagi rupanya cik fendi .. apa pun selamat ulang tahun ke 30.. semoga tercapai segala apa yang dicitacitakan.. insyaAllah..

Qider said...

eh,habis tu encik sebenarnye minat nak study bidang ape?

Mohsen Amdan said...

Dah masuk kelab 30 dah....
Tahniah

Azam said...

salam..uda, selamat ulang tahun ke 30..dah tua rupanya adik angah ni..he..he..saje je test ni..

Anonymous said...

neway hepi belated besday...erm kita belajar hanya kerana ALLAH..keikhlasan dan kejujuran yg penting...

Aliyas @ Ashaari B Hasan Habidin said...

selamat hari tua.... ingat kubur dah panggil kamu ... apa pun selamat hari lahir... allah selamatkan kamu...allah selamatkan afendi ahmad .. :P

Unknown said...

salam. hapy belated bday. same month dgn anak tikah. selamat maju jaya dlm semua bidang. doakan tikah juga yer.

A Journey of Hafiy Hasha said...

Selamat Ulangtahun ke 30.... melangkah ke angka 3+, semoga impian jd kenyataan

FarahHanimMohdFauzi said...

hepi birthday en. Afandi..((^_^))
nampaknye farah kot wish paling lambat...xpe, xtukar bulan lg kn..hehe
semoga sentiasa di limpahi RahmatNya wlu dimana berada.
klu en. xkeberatan, nak gak tau sbnrnye impian en. nak duduk dlm bidang ape eh??Kagum, wlu pon bukn dlm aliran yg diminati, en dah smpi ke peringkat skang nie...