My Calendar

Friday, 8 May 2009

Bukan GAGAL, tapi BELUM BERJAYA

Bulan Mei telah dilalui lapan hari, dengan pelbagai pengajaran yang harus dilihat dengan teliti dan penuh pengertian. Rumusannya adalah: TABAH, KUAT SEMANGAT, YAKIN KEPADA ALLAH, SABAR, DOA BANYAK-BANYAK. Tidak semua perkara adalah di bawah kawalan kita. Andainya masalah tersebut di luar kawalan kita sebagai insan yang lemah, pastinya hanya Allah yang tahu jalan yang terbaik.
Bukan GAGAL, tetapi BELUM BERJAYA - itulah yang dapat dipelajari dari proses mendapatkan PhD ini. Sebahagian modul latihan yang dipilih kali ini ialah dengan menyertai "Graduate School Research Student Poster Conference". "Kenapa susah-susah sertainya? Adakah memberikan sumbangan kepada PhD?".
Jawapannya: Sudah pasti, kerana antara faedah dengan menyertainya: (i) melatih kita bagaimana merumuskan hasil kerja kita untuk diterangkan dalam masa 5 minit sahaja, agar hasil kerja kita dihargai (ii) melebarkan rangkaian bersama para penyelidik lain (iii) meningkatkan kemahiran komunikasi dan latihan menjawab pelbagai persoalan.
Walaupun gagal meraih hadiah 5 poster terbaik, kesan dalam pembinaan diri dan cara berfikir itu lebih utama dan kerana itulah, "Bukan GAGAL, tetapi BELUM BERJAYA" untuk menjadi yang TERBAIK. Apa yang perlu diyakini, MENCUBA adalah langkah-langkah ke arah KEJAYAAN.


Ini juga selari dengan apa yang telah dinyatakan dengan jelas seperti dalam ayat di atas. Yang pastinya doa kita kepada yang menguasai dan memiliki segalanya adalah SANGAT SIGNIFIKAN. Tiada keraguan! Perbaiki diri, agar perjuangan menuntut ilmu ini, walau dalam pelbagai ujian, dugaan dan saat-saat sukar, dapat meneguhkan sempadan iman, insya Allah.

7 comments:

Anonymous said...

en afandi.. saya setuju.. Ya bukan gagal tapi belum berjaya.. insyaAllah doa dan tawakal serta usaha kita akan perolehi kejayaan.. Ameeen Ya Rabb

Mohsen Amdan said...

Semoga berjaya bro..aku tahu ko cukup kuat untuk semua ini

Anonymous said...

to me it's simple..what we hoping 4 it doesnt means we will get it..so what eva we do....make sure sincere..n sedulous..then dont care the results...at least we satisfy..tell me 1..de successful man or company with 1 shoot try...?dun think so..KFC..BillGates...all the wizards..nope shoot well in de 1st try...

Encik Ayie Yang Garang said...

tahniah tahniah tahniah! tidak terkata apa pun kan.
haishhh nampaknya saya la yang BELUM PUBLISH. nanges.

Unknown said...

percayalah kesusahan hari ini, pemangkin untuk kejayaan hari esok.

Aliyas @ Ashaari B Hasan Habidin said...

aku dah lama kenal kamu .. kamu memang suka buat yang terbaik ... apa2 pun aku tahu kamu boleh buat yang terbaik...Pertanyaan aku kenal ker NOR tu ?

Encik Ayie Yang Garang said...

ohoooooo incik, assalammualaikum.
saya adalah masak untuk diri sendrik saja. saya adalah takot memberi masakan saya kepada orang lain. he he he. bila nak bawak saya makan kat umah lagi?? (tetiba jer kan?)
eh nih dah kat mana nih?