- Demi angin yang menerbangkan debu
- Dan awan yang mengandungi hujan
- Dan kapal-kapal yang berlayar dengan mudah
- Dan malaikat-malaikat yang membagi-bagi urusan
- Sungguh apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar
- Dan sungguh hari pembalasan pasti terjadi
No great work is ever done in a hurry. To develop a great scientific discovery, to print a great picture, to write an immortal poem, to become a minister, or a famous general—to do anything great requires time, patience, and perseverance. These things are done by degrees, “little by little.” (W. J. Wilmont Buxton)
My Calendar
Wednesday, 30 September 2009
Aku Membaca, Tetapi...
Tuesday, 29 September 2009
Akhir September 2009
- Umur bukan ukuran kematangan. Tahap pendidikan juga bukan ukuran kematangan. Ada yang "besar" angka umurnya, tinggi tahap akademiknya, tetapi lagaknya seperti 'seorang ahli sihir'! Berdoa kepadaNya agar diri ini sentiasa dalam lorongan Allah dan kasih sayangnya!
- Banyak bercakap tanpa berfikir, seringkali mengundang bunga sengketa dan lebih buruk lagi melambangkan betapa rendahnya tahap keilmuan dan nilai kemanusiaan. Benarlah, lebihkan berfikir sebelum berbicara itu penting!
- Jangan suka menangguh! Semakin banyak yang dilakukan dengan perlahan, makin kurang dinamiknya! Jangan mudah merasa selesa! Jalan masih panjang di hadapan!
- Kita tiada kuasa untuk meminta semua orang suka pada kita! Asasnya mudah, hormati orang lain seperti mana kita ingin dihormati. Pedulikan apa label yang diletak kepada kita, yang penting kita mesti ada pendirian!
- Bila kita akan mati? Apa yang bakal kita tinggalkan? Renungkan...
Monday, 21 September 2009
Belajar di luar negara?
- Rapatkan diri dengan komuniti Islam di sini melalui jalan yang paling mudah dan penuh manfaat, solat jemaah di Prayer Room. Kenapa? Kita akan menjalin ukhwah merentas sempadan negara, warna kulit dan merentas kursus pengajian. Ini sangat bagus untuk menjalinkan silaturrahim dengan saudara sesama Islam. Di sini kita akan mula belajar berkaitan perbezaan mazhab yang kita kurang terdedah di Malaysia.
- Kurangkan keadaan yang lama bersama-sama rakan-rakan yang 'menggunakan bahasa ibunda yang sama'. Mungkin ada yang tidak bersetuju dan menganggap nota ini menggalakkan kita menjadi kera sumbang! Jangan salah faham, sebaliknya lihat dari perspektif yang lebih putih warnanya! Dengan meluaskan pergaulan dengan mereka yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama, kita akan dapat meningkatkan kemahiran mendengar, sebutan, keyakinan diri dan banyak lagi! Bukankah itu antara sebab kenapa kita ke sini? Memperbaiki kemahiran berbahasa Inggeris?
- Sertailah kelas-kelas bahasa Inggeris yang sememangnya percuma! Menarik kerana yang menjadi guru kita adalah native speaker dan dengan cara ini kita dapat memperbaiki tatabahasa, penulisan akademik, kemahiran komunikasi, meluaskan pergaulan dengan bangsa lain!
- Berjalan dan makan angin itu boleh bagi merehatkan minda! Tetapi awas dan jangan sampai kita jadi lupa diri apa akan tujuan asal kita ke sini. Letakkan keutamaan dengan jelas apa yang kita inginkan, dan boleh dijadikan peluang makan angin sebagai 'hadiah peribadi' selepas kita berjaya mencapai kejayaan dalam tugasan pengajian misalnya.
- Memberi barang-barang berjenama juga wajar berpada-pada! Jangan sampai makan diri dan kita akan kering kewangan! Bimbang kalau-kalau ada kes-kes kecemasan di sini mahupun di tanah air yang menuntut keperluan kewangan yang tinggi.
- Buktikan kita sebagai orang Islam Malaysia mempunyai sifat-sifat yang positif, insan yang berbudi bahasa tinggi, komited dalam pengajian, pandai bergaul dan ini akan memberikan gambaran yang sangat baik dan akan memudahkan kita berdamping dengan sesiapa sahaja
Nota ini lebih kepada seraut pesan untuk diri penulis sendiri. Masa yang berbaki mesti dipenuhi dengan perkara yang membawa manfaat.
"Tidak segankah kepada diri sendiri, andai apabila pulang nanti, aku tak mampu berbahasa Inggeris dengan baik dan yakin?"
Kita Belum Pasti Lagi...
- Alangkah indahnya Ramadhan yang cantiknya disusun Allah supaya menjadi satu bulan bagi kita mengkoreksi diri. Faedah dan kemanisan bulan penuh berkat yang semua sudah pun meninggalkan kita. Adakah lagi diri ini pada Ramadahan akan datang?
- Kita sibuk dengan pakaian baru yang penuh bergaya. Tetapi kita seringkali lupa akan interpretasi sebenar Syawal. Berapa banyakkah yang kita sumbangkan untuk mereka yang lebih memerlukan? Sedekah yang kita keluarkan? Semuanya bukan milik kita bukan?
- Sebaris kata-kata tanda ingatan juga mampu memberikan kesan yang besar. Maafkan diri ini atas kekurangan yang ada. Mana-mana hak yang tidak tertunai, mana-mana hati yang terluka, kemaafan jua yang dipinta.
Friday, 11 September 2009
King Teacher
- Bimbang sekali, kita akan ditanya kelak dengan apa yang kita telah sumbangkan.
- Itu tidak termasuk lagi andai dihitung jam yang kita gunakan untuk gaji yang dibayar!
- Ada masanya, apabila pelajar datang bertanya di bilik, kita jawab sekadar ada sahaja. Tentu sekali hampa rasa hati mereka.
- Pernah juga, kita menyampaikan kuliah dengan sambil lalu sahaja! Hanya kerana kita tidak membuat persiapan rapi! Apabila pelajar bertanya, amarah pula yang mereka terima!
- Terlalu lemah diri ini. Maafkan diri ini kepada mereka pernah bergelar pelajar kepada insan yang serba kekurangan ini. Semoga kalian akan terus berjaya!
“Bad Teacher complains,
Mediocre Teacher teaches,
Good Teacher explains,
Better Teacher demonstrates,
Best Teacher motivates
Great Teacher inspires.”
Manifestasi: Segenggam Tabah
- Apa agaknya yang bakal aku tinggalkan jika nyawa di hujung jiwa? Anak yang soleh/solehah? Sedekah? Ilmu yang berpanjangan? Atau apa? Terlalu banyak hak yang tidak tertunai. Maafkan aku atas kelemahan itu.
- Khutbah Jumaat hari ini sekali lagi memberi tamparan hebat! Aku membaca Al Quran tetapi aku tidak memahaminya! Analogi khatib cukup mudah dan sangat mengesankan. Tuan yang empunya diri ini, berikan aku ketengangan hati dan kekuatan untuk menjalani laluan yang berliku ini.
- Hidup kita ada pelbagai warna warna yang mencantikkan tema penceritaan. Walau ada tikanya kita rasa seolah-olah tidak mampu untuk menghadapinya, tarik nafas dalam-dalam dan memintalah kepadaNya agar segenggam tabah diberikan.
Moga-moga hari-hari akhir Ramadhan ini akan membuka ruang untuk aku kenali diriku sendiri.
Sunday, 6 September 2009
Guru dan Pensyarah?
- Kenali pelajar anda sebaik mungkin. Sediakan borang maklumat diri pelajar yang lengkap dengan maklumat diri dan keluarga. Ini sangat penting! Dengan mengenali latar belakang pelajar termasuk keluarga kita akan lebih faham siapa diri pelajar kita.
- Jelaskan 'ground rules' dalam kuliah kita. Senarai dan terangkan 'The Do's' dan 'The Don't' supaya kedua-dua pihak gembira menjalankan fungsi masing-masing.
- Ingat semua nama pelajar anda! Hampir mustahil tetapi boleh dilaksanakan. Pelajar akan rasa dihargai apabila kita berupaya ingat akan nama mereka. Satu teknik untuk memastikan pelajar 'engage' dalam kuliah kita ialah, selang selikan dengan soalan dalam kuliah. Dengan kita kenal dan ingat nama pelajar kita, bila-bila masa kita boleh memanggil nama mereka untuk menjawab soalan. Setidak-tidaknya, pelajar kita juga akan sentiasa bersedia dan fokus dengan kuliah kita.
- Jangan menipu! Tak semua benda dalam ruang lingkup keilmuan kita. Andai ada soalan yang tidak dapat dijawab dengan baik, akui dengan jujur dan minta sedikit masa dari pelajar untuk semakan dibuat dan akan dibincangkan dalam kuliah berikutnya.
- Tiada soalan bodoh! Jangan bantutkan minat pelajar dengan mengatakan "ini soalan bodoh!". Setiap soalan adalah kunci ilmu. Bukalah ruang seluasnya untuk pelajar bertanya. Dengan itu, ilmu dan keyakinan kita dan juga pelajar juga akan meningkat.
- Kualiti kerja! Jika itu yang ingin kita terapkan kepada pelajar, itu juga yang mereka mahu lihat dari kita. Berkualitikah kerja kita andai nota kuliah kita pun tidak pernah dikemas kini? Menepati masakah kita kalau kertas ujian dan laporan tidak kita semak dan berikan komen yang diperlukan?
Cukup dahulu, perkongsian ini. Aku pernah juga menulis, "Mengajarlah bukan kerana kita seorang pensyarah". Apa yang jelas, tugas ini sangat memerlukan ketelitian dan perhatian yang serius. Apa yang bakal kita berikan kepada sang pelajar akan dipersoalkan kelak. Semoga kita semua dapat menjalankan tugas dengan cemerlang!
Nota: Di manakah guru-guru dan rakan-rakan lama dalam gambar-gambar di atas? Aku doakan kalian semua dalam lindungan Allah dan terima kasih atas segala ilmu yang telah dicurahkan.