- Kenali pelajar anda sebaik mungkin. Sediakan borang maklumat diri pelajar yang lengkap dengan maklumat diri dan keluarga. Ini sangat penting! Dengan mengenali latar belakang pelajar termasuk keluarga kita akan lebih faham siapa diri pelajar kita.
- Jelaskan 'ground rules' dalam kuliah kita. Senarai dan terangkan 'The Do's' dan 'The Don't' supaya kedua-dua pihak gembira menjalankan fungsi masing-masing.
- Ingat semua nama pelajar anda! Hampir mustahil tetapi boleh dilaksanakan. Pelajar akan rasa dihargai apabila kita berupaya ingat akan nama mereka. Satu teknik untuk memastikan pelajar 'engage' dalam kuliah kita ialah, selang selikan dengan soalan dalam kuliah. Dengan kita kenal dan ingat nama pelajar kita, bila-bila masa kita boleh memanggil nama mereka untuk menjawab soalan. Setidak-tidaknya, pelajar kita juga akan sentiasa bersedia dan fokus dengan kuliah kita.
- Jangan menipu! Tak semua benda dalam ruang lingkup keilmuan kita. Andai ada soalan yang tidak dapat dijawab dengan baik, akui dengan jujur dan minta sedikit masa dari pelajar untuk semakan dibuat dan akan dibincangkan dalam kuliah berikutnya.
- Tiada soalan bodoh! Jangan bantutkan minat pelajar dengan mengatakan "ini soalan bodoh!". Setiap soalan adalah kunci ilmu. Bukalah ruang seluasnya untuk pelajar bertanya. Dengan itu, ilmu dan keyakinan kita dan juga pelajar juga akan meningkat.
- Kualiti kerja! Jika itu yang ingin kita terapkan kepada pelajar, itu juga yang mereka mahu lihat dari kita. Berkualitikah kerja kita andai nota kuliah kita pun tidak pernah dikemas kini? Menepati masakah kita kalau kertas ujian dan laporan tidak kita semak dan berikan komen yang diperlukan?
Cukup dahulu, perkongsian ini. Aku pernah juga menulis, "Mengajarlah bukan kerana kita seorang pensyarah". Apa yang jelas, tugas ini sangat memerlukan ketelitian dan perhatian yang serius. Apa yang bakal kita berikan kepada sang pelajar akan dipersoalkan kelak. Semoga kita semua dapat menjalankan tugas dengan cemerlang!
Nota: Di manakah guru-guru dan rakan-rakan lama dalam gambar-gambar di atas? Aku doakan kalian semua dalam lindungan Allah dan terima kasih atas segala ilmu yang telah dicurahkan.
2 comments:
Pengurus - Menguruskan sesuatu
Pembuat Roti - Membuat Roti
Pencuri - mencuri
Pengarah - Memberi arahan
Pensyarah?
beruntung sapa dapat jadi anak murid kamu........allah maha besar
Post a Comment