My Calendar

Tuesday 12 January 2010

Rejected? Just forget it or...

Artikel yang dihantar ditolak merupakan asam garam dalam pengajian Ph. D. Memang satu yang menyakitkan dan kadangkala memakan beberapa hari juga untuk dipulihkan dorongan dan semangat. Tetapi, ini juga satu proses pembelajaran yang penuh kemanisan kerana kita belajar menulis dan memahami keseluruhan apa yang kita tulis dari 0 kepada 1, tambahan lagi menggunakan bukan bahasa ibunda kita.

Justeru, kalau sekalipun ditolak, kenapa kita perlu kecewa atau terus melupakan hasrat untuk menerbitkan hasil kerja kita? Kejayaan pertama yang kita capai ialah, kita telah mencuba sebaiknya dan mendapat pengalaman proses semakan artikel dibuat. Ini juga bertepatan dengan apa yang dinasihatkan dalam panduan berikut:



Minor revision yang diterima ini juga adalah satu peningkatan dalam diri setelah artikel yang dihantar kepada ACM Transaction tempohari ditolak. Moga-moga, usaha yang berterusan pastinya bersama doa yang tidak putus, urusan menimba ilmu dan pengalaman ini dapat berjalan dengan sebaiknya. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu!



4 comments:

Encik Ayie Yang Garang said...

setiap paper yang dihantar biasa akan ada 3 atau lebih reviewers. kalau ikut petua prof adzir, dia akan suruh hantar di journal yang comfirm artikel kita di reject. dan rejection tuh bukan lah sebab salah format ataupun tak ikut scope content. tapi di reject sebab2 results ataupun discussion yang lemah (tidak conclusive). sekurang2nya satu dari reviewer ni tadi akan menghentam dengan hebatnya. satu lagi akan moderately hentam, dan satu lagi akan suggest apa yang perlu ditambah baik. rejection sebenarnya adalah bukan suatu perkara yang buruk dan tanpa rejection tidak akan ada pembaharuan.

psst, wahhh dah banyak published paper nih. lepas nih boleh mintak Prof madya terus nih. bangga, bangga.

noor saadah said...

salam, editor tu dah recognize ko sbg DR bro. huhuhu

Mohsen Amdan said...

Sabar itu separuh dari iman..
Iman itu bermula dari percaya...maka kukuhkan kepercayaanmu atas segala uiji dari Ilahi..moga Allah merahmati

Zaid Akhtar said...

moga sukses dlm Ph.D