Antara yang aku belajar berkelana di rantau orang ialah, erti berjimat. Mungkin secara kasarnya betapa mewah dan seronoknya hidup di kota London (walaupun hanya di zon 6). Apa yang membentuk pemikiran kita juga adalah pengalaman kita melihat rakan-rakan yang pulang dari UK misalnya dengan membawa kereta berjenama mewah, pakaian berjenama mewah, pinggan mangkuk serba mewah, pendek kata...semua serba mewah!
Tanpa kita sedar, adakah ini keperluan atau kehendak? Ini satu persoalan, tetapi bukan yang ingin aku bincangkan. Aku lebih berminat bagaimana budaya di sini yang mudah, tetapi memberikan kesan yang besar. Konsep bawak bekal dari rumah adalah satu budaya yang sangat sihat dan jimat. Kenapa dan mengapa?
- Masakan yang dibawa adalah 'air tangan' pasangan masing-masing (isteri atau suami) yang pastinya kebersihannya terjaga. lantas 'ganjaran keberkatan' bagi yang memahami
- Mesra alam, sebab kita tidak menggunakan bekas sendiri dan lagi kita tidak perlu keluar (menggunakan kenderaan) untuk ke kedai makan
- Jimat masa, sebab kita tidak perlu bersesak-sesak untuk mendapatkan sepinggan hidangan
- Jimat duit itu pasti, sebab kalau kita makan di luar dan membeli makanan pastinya kos bahan, kos buruh dan kos perkhidmatan diambil kira bukan?
"Persoalan untuk diri aku sendiri, mampukah aku kekalkan budaya ini apabila pulang kelak?"
Moga dimudahkanNya untuk mengamalkan perkara-perkara yang baik.
No comments:
Post a Comment