My Calendar

Sunday, 7 March 2010

Proof

Dengan izinNya, antara salah satu cita-cita dan KPI yang aku letakkan sepanjang pengajian kedoktoran ini akan berada dalam domain umum tidak lama lagi. Aku sangat menghargai proses pembelajaran dan semua pihak yang senantiasa memberikan sokongan dan dokongan dalam penghasilan naskhah ini.

Kini, aku dalam proses akhir melakukan 'proof' bagi versi 'typeset'. Diharapkan semua proses selepas ini akan berjalan lancar dan naskhah ini dapat memberikan manfaat kepada penyelidik-penyelidik lain, khususnya dalam bidang ini.


Bukanlah niat aku mencatatkan kejayaan ini sebagai satu kejayaan agung yang perlu aku laungkan kepada dunia. Tetapi, ini satu kejayaan yang sangat manis buat aku, mengambil kira hasil kerja ini aku adalah jurnal pertama aku bersama Dr. A semenjak aku bertukar penyelia dan tajuk pada Januari 2009. Aku pasti, telah ramai yang berjaya melakarkan nama mereka dalam jurnal-jurnal terkemuka dunia. Aku sangat kagumi! tetapi sebagai 'mengiktiraf' kejayaan peribadi dan bagi orang yang baru belajar bertatih ini, kejayaan ini hanyalah satu permulaan...kerana aku percaya,

Success is a journey, not a destination


Untuk manfaat bersama, aku nak kongsikan beberapa perkara yang aku pelajari sepanjang proses pembelajaran ini:

Sebelum
  1. Semak jenis 'submission'. Umumnya, dalam jurnal-jurnal berimpak tinggi artikel boleh dihantar sebagai 'normal submission' atau melalui 'special issues'. Bezanya, 'normal submission' lazimnya akan mengambil proses yang agak lama tetapi bagi 'special issues' terdapat rangka masa (time frame' bagi proses semakan artikel dan keputusan dibuat.
  2. Call for paper. Luangkan sedikit masa untuk mendapatkan 'call for paper' bagi 'special issues'. Gunakan pelbagai enjin pencari untuk mendapatkannya. Rangkaian bersama penyelidik lain juga perlu, dan sebarkanlah kepada rakan lain agar sama-sama mengambil peluang untuk menghantar artikel.
  3. Semak artikel terdahulu. Buat semakan terhadap artikel-artikel yang sedia ada dalam jurnal yang ingin kita hantar. Lihat prestasi dan kepujian dalam artikel tersebut. Ini dapat membantu untuk kita meletakkan kedudukan bakal artikel kita.
  4. Buat rangka artikel. Artikel yang hendak ditulis juga mestilah mempunyai rantaian cerita yang menarik dan jelas. Ini sangat penting, jika tidak dan artikel yang bakal kita tulis akan jadi bercelaru dan akhirnya tiada sebarang kepujian!
  5. Diskusi. Berbincanglah dengan penulis lain (rakan penyelidik dan penyelia) yang bakal terlibat supaya mereka juga boleh mencurahkan idea awal. Ini dapat mengelakkan konflik minat dalam penulisan dan pada masa yang sama dapat mewujudkan rasa kepunyaan (sense of belonging) kepada artikel yang bakal dihasilkan.
Semasa
  1. Sehabis baik. Sediakan artikel dengan sebaik mungkin. Bahasa yang digunakan mestilah ringkas dan mudah difahami dan pastinya tepat.
  2. Profesional. Bagi setiap rajah, lukiskan dengan cermat dan pastikan hasilnya kelihatan profesional.
  3. Kesalahan. Elakkan sebarang kesalahan yang boleh menyebabkan artikel kita ditolak mentah-mentah.
  4. Semak dan semak. Baca dan semak, bagi rakan penulis lain semak dan perbaiki.

Selepas
  1. Jika keputusan artikel kita ditolak, jangan sedih. Ini rutin normal. Gunakan komen 'reviewer' dan perbaiki. Kemudian, jangan biarkan artikel tersebut terbengkalai. Baiki dan hantar kepada jurnal lain pula.
  2. Jika diterima yang memerlukan semakan major mahupun minor, lakukan proses semakan dan perbaiki secepat mungkin. Sediakan laporan semakan dengan teliti. Konsep yang perlu kita sentiasa pegang, Help others, to help yourself. Jika kita memudahkan kerja 'reviewer' maka kerja kita juga akan jadi mudah!
  3. Hantar semula artikel selepas semakan dan moga-moga diterima selepas semakan dibuat.

Inilah sebahagian pengalaman yang dapat dikongsikan. Moga-moga kita dapat terus memberikan sumbangan selagi jasad dikandung badan.

No comments: