My Calendar

Sunday, 27 February 2011

Morning Coffee

Dalam jadual kerja, setiap Khamis (8 pagi hingga 1 tengahari) dikhususkan untuk proses penyeliaan (supervision). Saya cuba membawa kelainan dalam kumpulan penyelidikan saya dengan memperkenalkan konsep morning coffee dan tidak hanya melakukan perbincangan dalam bilik saya sahaja.

Tempohari misalnya, usai sesi perbincangan awal bersama semua ahli, dan juga penerangan ringkas berkaitan proses kerja yang mereka perlu sudahkan dalam tempoh dua minggu, iaitu menyudahkan kajian perpustakaan (literature review) masing-masing, kami meneruskan perbincangan di wakaf Dataran Kenanga. Menyeronokkan! Udara yang segar dan merupakan satu pengalaman yang sangat menarik bagi saya.

Tujuan asal saya membawa idea sebegini adalah untuk membudayakan penyelidikan dan menjadikan sesi diskusi berkaitan hal ehwal penyelidikan yang lazimnya bersifat serius dan sedikit tertekan kepada satu sesi yang lebih menyeronokkan. Saya harap, pelajar-pelajar di bawah seliaan saya dapat merasakan atmosfera penyelidikan yang lebih baik.


Inilah wajah ruang penyelidikan yang baru sahaja disusun semula. Dengan ruang penyelidikan yang telah diluluskan oleh Tuan KJ dan Puan Ketua Makmal, saya sangat-sangat bersyukur. Moga ruang ini dapat menyemarakkan budaya penyelidikan dan penerbitan. Biarpun ruang ini kecil, tetapi itu bukan kayu ukurnya. Yang lebih saya perlu beri perhatian ialah impak dan kualiti penyelidikannya.

2 comments:

A Journey of Hafiy Hasha said...

Assalamualaikum...

entri ni memberi sedikit sebanyak idea untuk menyelia pelajar untuk projek semester akhir. Cuma, konsepnya agak berlainan. Penyelidikan yang mendalam kurang diterapkan kepada pelajar di pera=ingkat sijil politeknik.

Idea yang bagus. Cuma perlu sedikit pengubahsuaian unutk sesuaikan dengan peringkat pembelajaran.


** Ada datang Terengganu ye. Kenapa tak jenguk Hasha Humaira?

AidilAzhar dotCOM said...

Salam Ceria :)

Wah.. bertambah padat dan jelas kandungan blog. :)

Tahniah buat Dr Afandi :)


Salam Mesra,

Aidil
anak didik pd 2004-2008