My Calendar

Monday, 2 May 2011

Solat Dhuha

Ditentukannya, minggu lalu dalam perbualan dan input yang diberikan oleh rakan-rakan terdekat ialah peri pentingnya kita membulatkan tindakan terhadap tiga perkara.

Pertama: Menarik hidayah Allah, Kedua: Melaksanakan solat Dhuha, dan Ketiga: Memohon dan sentiasa berdoa kepadaNya.

Dalam urusan menarik hidayah Allah, ini jelas kadangkala tindakan kita sangat-sangat jauh melencong atas nama "hamba" kepadaNya. Hidayah Allah perlu kita tarik dan perlu kita usahakan setiap masa, bukan hanya pada hari Jumaat atau bulan Ramadhan atau hanya dalam kesusahan!

Kepentingan solat Dhuha juga tidak harus dipandang enteng. Dalam sisipan doa solat Dhuha, bagaimana kita diajar bahawa setiap rezeki adalah milikNya. Kita diajar supaya berdoa supaya meminta kepada empunya rezeki di segenap inci. Adakah kita berdoa dan meminta kepadaNya?

Akhirnya, bagaimana kita sangat kurang berdoa kepadaNya. Apabila berjaya seringkali kita lupakan bahawa yang memberikan kejayaan atau rezeki adalah Allah. Kita hanya mencari Quran penyejuk jiwa apabila dalam kesusahan, esok nak viva, esok nak presentation, esok nak interview kerja, diri dalam kesakitan dan segala yang berkaitan. Uh! Terlalu ego diri kita ini sebenarnya. Sebaliknya, alangkah manisnya andai dalam segenap tindakan kita disertakan dengan pengaduan kepadaNya. Semoga pesanan ini akan membuatkan diri yang jauh akan kembali kepadaNya. Insya Allah.

4 comments:

W. Muhammad Kyudri said...

Betul kata-kata En.Afandi tentang tiga perkara tersebut.

Anonymous said...

like ^^..

Muhammad Al Abqori bin Abd Aziz said...

insyaallah saya akan istiqamah buat..

Budak Botak said...

semoga sentiasa mendapat keberkatan dari Allah...

Entry terbaru -> Pedro Martin Ureta Membuat Gitar Gergasi Daripada 7000 Pokok... (",)