My Calendar

Friday 3 February 2012

Istiqamah

Laman ini pastinya mengalirkan air mata kesedihannya. Langsung tiada kemas kini sejak kebelakangan ini, adakah satu gambaran bahawa usaha sejak 2007 ini akan berkubur? Inilah antara perkara sukar dalam melaksanakan sesuatu perkara - melaksanakan dengan I.S.T.I.Q.A.M.A.H

Baru-baru ini, satu idea baru dicetuskan - cadangan mewujudkan Taman Rama-rama Mini di kawasan saya bertugas. Ada yang menganggap idea-idea ini tidak masuk akal dan pastinya akan berkubur! Tak mengapa, saya sudah biasa melaksanakan sesuatu sebagai 'calon tidak popular' dan sering dipandang remeh! Biarlah, hasil kerja yang membuktikannya!



Kredit foto ini untuk seorang rakan penyelidik - kami sama-sama dengan beberapa individu lain yang tiada latar belakang biologi cuba menerjah satu cabang ilmu. Nyata, berdamping dengan unsur-unsur alam ini begitu mendamaikan dan membuka minda kita dengan lebih pantas, akan kebesaranNya.

Rumusannya, sesekali elok juga keluar daripada kepompong kebiasaan. Buat sesuatu yang kita sukai supaya kita lebih menikmati hari-hari mendatang sengan senyuman yang menguntum indah!

1 comment:

Hooyeah said...

saya pernah baca satu buku, "How to Enjoy Your Life and Your Job". Kalau nak belajar relax, belajarlah dari seekor kucing. Sebenarnya binatang boleh mengajar kita sesuatu. Begitu juga rama-rama. Kdg2 apa yg diajar oleh binatang tidak akan dpt kita pelajari dr manusia.

Just a simple message:

Your own motivation in life is what keeps you going and excites you to live. Having a dream and a true passion to do what you love is what living is all about.

Good luck and all the best Dr