My Calendar

Wednesday 20 May 2009

'Spesis' dan 'Species'

Penceritaan kali ini mungkin berbaur emosi. Entahlah, rasanya perlu jugak ditulis berkaitan isu ini agar sama-sama mengambil pengajaran, terutama diri ini sendiri. Namun, gambar yang dipilih rasanya takde kaitan secara langsung, tetapi pastinya ada kaitan secara tidak langsung.
Dalam kerja penyelidikan, memang satu bonus yang besar kalau kita ada pasukan penyelidikan yang mantap. Mantap ini terlalu abstrak, dan parameter penilaiannya boleh jadi melalui sikap (kesungguhan, displin, dll) dan juga pelaksanaan. Dalam mencari bonus tersebut, diuji pula dengan 'spesis' yang boleh menyebabkan kita hilang fokus. Penat!
'Spesis' yang banyak dijumpai setakat ini mempunyai ciri-ciri berikut:
  1. Dia sahaja yang betul dan pandai, dengan cara merendah-rendahkan orang lain, dia merasakan dirinya adalah 'superior' dari orang lain.
  2. Bila bercakap, dia sahaja yang tahu semuanya dan semua orang mesti bersetuju dengannya. Siapa yang bersetuju dan tidak melawan adalah rakannya dan yang suka melawan, pasti mencari padah.
  3. Dia sangat dominan dan mahu semua orang menurutinya. Apabila kita tidak menurutinya, kita akan dihakimi sebagai "tidak pandai berkerjasama".
  4. Kaki 'goreng' sampai hangit. Bercakap adalah senjata, dia boleh jual macam-macam idea dan memberikan infiniti janji-janji manis. Bila bercakap soal pelaksanaan? Emmm
Bagaimana untuk menangani 'spesis' seperti ini di sekeliling kita? Masalah ini adalah masalah global tanpa mengira peringkat umur, kedudukan geografi atau ringkasnya diistilahkan 'demografi'. Entah...kenapa semakin kaki ini melangkah, makin banyak pulak dijumpai 'spesis' macam nie...Penat!

11 comments:

Khalid Isa said...

Hmm...ni la spesis yang paling aku meluat... Arwah ayah aku pernah pesan... kalau jumpa spesis ni...apa yang perlu buat adalah sama ada kita diamkan diri atau kita diamkan dia.

Bagi aku, spesis ni macam tin kosong la...tin kosong kalau diketuk bunyinya kan kuat. Tapi kalau tin kosong diketuk/mengetuk tin penuh berisi...kemek tin kosong tu. Kalau selalu diketuk/mengetuk...lama2 bunyinya semakin perlahan dan hilang.

Kesimpulannya, sama ada kita diamkan diri atau kita diamkan dia...hasilnya tetap sama kerana kesan tindakan kita lebih kuat daripada bunyi-bunyian dan tindakan spesis ni.

Jadi sahabatku Fandi...jangan penat...sbb bukan kau yang sepatutnya penat tapi spesis-spesis tu.

Aliyas @ Ashaari B Hasan Habidin said...

Kamu ... baru tau... bukan kamu ajer..yang ada spesis tu... semua ada ... biarkan ajer....

azlissani said...

Aku setuju ngan ko fendi, banyak yang macam tu, dan betul juga kata khalid sama ada kita diam atau kita diamkan dia. Dan kedua2 kaedah ini kami dah praktikkan dan ternyata berjaya (kami secara kolektifnya telah bersatu hati dan melaksanakannya hujung tahun lepas) dan bakal melaksanakannya sekali lagi dalam sedikit masa lagi.

Tapi yang kami lakukan ini hanyalah untuk yang jelas nampak, tapi yang berlegar disekeliling tu yang payah. Kalau di uni yang aku belajar ini, sifat ini seringkali relevan dengan rakan-rakan dari timur tengah. Apa yang aku buat? buat derkk je.. malas nak layan kerenah diaorang.

Fandi yang kukenal adalah seorang yang amat sabar, teruskanlah kesabaran itu. Jangan mengalah bro!

Mohsen Amdan said...

Spesis ni bergantung la guna bahasa latin atau tidak..
Kalau guna bahasa melayu ni..dah tak boleh nak dipantau..
Elok disantau aje

Anonymous said...

erm org kata ilmu tu tiada penghujungnya..dan janganla kita bangga dengan ilmu kita yg setitik jika nak dibandingkan dengan luatan yg luas...u get what i mean?erm..if u r right..then try to b dominan...yea..we lack of confidence..that's y they try to b witty meanwhile they r not...dorg tu hanya ada keyakinan walaupun sebenarnya takde pe pun....

Unknown said...

memandangkan spesis ni memang dah lama wujud di dunia ni, zaman nabi pun dah wujud, untuk langkah selamat;
1. lebih berhati-hati dalam setiap tindakan.
2. kurangkan urusan dgn org sebegini
3. maafkan dan doakan diataskan kekurangan yg ada pd dirinya.
4. apa yg dia suruh kita kata" no comment" or etc.eheh

Cik Di said...

fandi..che ros sini..sian lak baca kisah ko kali ni. spesis ni mmg bersepah atas dunia. Ko adalah insan terpilih utk bersemuka & bersama2 dgn spesis itu. Yg penting ko kene belajar bersabar, cuba "ignore"kan spesis tu, jauhkan dri dr dia supaya ko x skt ati. Dengan harapan ko tak mencontohi sifat2 buruk spesis itu...sabar la ye, phd bukan senang..yg tau & phm & rasa semua sebenarnya diri ko sendri.

Cik Di said...

Aku penah terkena, bila org suh citer apa yg aku study. Bila aku citer, dia tk dpt nk fhm, kmudian kata aku nye penerangan yg belit2.Aku study 2-3 weeks tertonggeng2 dia nak sedut dr aku dlm 30min je? Aku sabar lg. Sampaila 1 hr ada org lainnya presentation,dia tanya aku time aku ngantuk..aku ckp apa yg aku fhm (time tu tak phm sgt) then salah plak apa yg aku ckp tu sampai dia kata aku bg ajaran salah.Sakit nye ati..sabar lg. Tp aku tak nak skt ati, maka aku buat kesimpulan aku ni tak cerdik, maka aku suh dia baca sendri @ aku jwb je tak tau..abis citer..kalau org tu asik rasa diri dia hebat huhuhu

@rep said...

1st time singgah..
tertarik tengok pic katak tu ekceli.. hehehe..

che mad said...
This comment has been removed by the author.
A Journey of Hafiy Hasha said...

Be strong... pastikan ada hikmahnya wujud spesis ni... bagi anda cabaran utk buktikan bahawa anda adalah yang terbaik...