Kita kadangkala keliru dengan beberapa istilah bahasa Inggeris yang digunakan. Misalnya deadline atau dateline, which atau that, weather, whether atau wether dan pelbagai lagi. Sebagai penutur bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, kekeliruan ini bukanlah sesuatu yang asing, tetapi juga bukan alasan untuk kita tidak cuba memahami perbezaannya. Satu laman web yang bagus untuk dijadikan rujukan ialah seperti berikut:
Laman web ini adalah berasakan buku Common Error in English Usage. Contoh perbezaan antara dateline dan deadline dijelaskan seperti berikut:
The word “dateline” is used today mainly to label the bit of text at the top of a printed news story that indicates where and—often, but not always—when it was written. For instance, after a headline about events in Kenya, the dateline might read “NAIROBI, Kenya, June 2, 2010.”Probably because this rather obscure word has been popularized by its use for the name of an NBC television news show, some people confuse it with “deadline,” which is most often the date by which something must be accomplished. You can miss deadlines, meet deadlines, or have to deal with short deadlines— but not datelines.
[Dihambat deadline]
Apabila dihambat masa untuk kita melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab, seringkali kita berasa sesak nafas dan seringkali menganggu fikiran, malah ada tikanya menganggu keenakan masa tidur kita. Kadang kala pernah kita telah menyediakan badan untuk beradu, tetapi fikiran kita masih menerawang akan kerja-kerja yang masih terbengkalai. Aduh! Benarlah, tidur ini adalah juga satu nikmat yang sukar diterjemah malah bagi individu Muslim perkara ini ada juga dititipkan dalam kalam Al Quran terhadap soal agihan masa [Surah An-Naba': Ayat 9].
Panduan berikut mungkin boleh digunapakai:
- Tulis secara jelas akan kerja yang perlu diselesaikan. 'Jelas' merujuk kepada bagaimana sesuatu tugas itu boleh dilaksanakan supaya kita benar-benar faham. Masa yang diperuntukkan kepada proses 'menjelaskan' apa yang perlu kita buat tanpa kita sedari sebenarnya akan melancarkan proses kerja kita.
- Letakkan sasaran jangka pendek, digalakkan sasaran harian dan mingguan. Jadi kita boleh menilai, dalam sehari misalnya selepas 9 pagi - 5 petang apa yang telah kita capai, dan selepas Isnin - Jumaat apa yang berjaya kita gapai.
- Untuk mengelakkan motivasi yang merudum, elok kita menggunakan konsep 'kecil dan banyak' iaitu kita cerakinkan kerja-kerja kita menjadi lebih kecil. Insya Allah, apabila kita berjaya melaksanakan sedikit demi sedikit tugas tersebut, kita akan menjadi lebih bersemangat untuk menyudahkan bakinya.
- Mulakan hari kita dengan melakukan tugas yang kecil dan boleh disiapkan dalam masa yang singkat. Ini bagi memastikan kita dapat membina semangat dan meneruskan dengan tugas yang lebih besar.
- Selang selikan dengan rehat atau aktiviti yang boleh menyegarkan, misalnya mengambil wuduk, membaca ayat-ayat Al Quran atau mungkin juga mendengar lagu kesukaan kita. Cukuplah sekadar 5 - 10 minit. Tetapi awas! Melayari laman-laman blog dan laman rangkaian sosial (Facebook dll) atau juga laman sembang (Messenger) adalah dilarang keras! Kerana fokus kerja kita akan sama sekali berubah dan menjadi melarat-larat!
- Hargai diri sendiri setelah sesuatu tugas yang kita tetapkan berjaya kita lakukan (pastikan dengan penuh kualiti). Tidak perlulah penghargaan itu melibatkan aktiviti yang gah dan sewaktu dengannya. Cukup dengan apa yang kita suka lakukan asal tidak berlebih-lebihan dan melampaui batas.
[Rumusan]
Pastinya panduan ini telah banyak dikemukakan oleh ramai pakar-pakar motivasi kerja dan pengurusan masa. Tapi, itu tak mengapa asalkan kita tidak jemu untuk berkongsi dan mencuba saban hari untuk menjadikan diri kita, lebih baik dan lebih baik!
No comments:
Post a Comment