[Keliru]
Ya, artikel ini ditolak dalam satu persidangan. Sedih? Ya jugak. Gembira? Ya jugak. Ini asam garam untuk menjadi penyelidik yang unggul. Percubaan kali pertama belum tentu membuahkan hasil. Persidangan ini yang bagusnya diadili oleh lima penilai dan komen-komen yang diberikan sangat baik (penilai yang rajin).
[Teruskan!]
Bagusnya, komen ini boleh digunakan untuk memperbaiki kualiti sebelum boleh dimasukkan sebagai sebahagian tesis penyelidikan. Masih jauh rasanya jalan dan pelbagai aspek perlu diperkukuhkan. Apa yang penting, tiada istilah kecewa, putus asa dan yang sewaktu dengannya.
1 comment:
Setiap yang berlaku dalam hidup kita ini pasti ada hikmahnya.Ia mengajar kita apa itu erti kejayaan dan kehidupan.Hadapilah dengan tenang walaupun kadang2 sukat bagi kita utk bertenang.Kejayaan dtg bukan di sebabkan kemampuan fizikal, tetapi ia disebabkan SEMANGAT YG TIDAK PERNAH MENGALAH..all the best~~
Post a Comment