Kini, hari-hari akhir tahun keempat berkhidmat di sini sedang dihitung. Walau pada awalnya tugasan ini begitu berat hati diterima dan mengambil masa yang agak lama berada pada fasa penafian (denial phase), amanah yang diberikan cuba dilakukan sebaiknya.
Pelbagai catatan konflik dan penyelesaian pernah dicatatkan dengan pelbagai watak dan situasi yang berbeza. Tekanan demi tekanan juga menuju daripada pelbagai sudut dan jendela.
Rumusannya mudah, tugas ini jauh lebih istimewa setakat ini jika dibanding dengan tugasan lain sebelum ini. Skopnya lebih mencabar dan setiap hari akan berhadapan dengan cabaran yang memerlukan keputusan dibuat sebaiknya. Walau ada ketikanya, keputusan itu tidak menjadi kegemaran bagi sesetengah pihak. Itu lumrah!
Walau ada yang menganggap tugasan ini kurang impak dan peranannya, tidaklah itu menjadi keutamaan. Sebenarnya juga adalah amat menakutkan diri lagi apabila dihitung "habuan" yang diterima (contohnya, diberikan pembiayaan rumah, utiliti percuma, elaun pentadbiran) berbanding khidmat bakti yang dicurahkan.

Jika kita terlalu banyak bertanya apa yang kita perolehi, kita sebenarnya semakin membesarkan tembolok untuk disuap. Bimbang kalau-kalau kita akan jadi terlalu berkira dalam hal yang sebenarnya kita tidak layak untuk itu semua.
Sesungguhnya, kepadaNya jua keampunan dipinta.
No comments:
Post a Comment