Mengurus masa bukan satu perkara yang mudah. Tetapi aku harus akui, antara rahsia kejayaan nama-nama besar dalam apa jua bidang yang mereka ceburi ialah pengurusan masa yang berkesan. Ada orang yang tidur hanya empat jam sehari tetapi sangat produktif dalam kerja mereka. Ada juga ketika, aku sendiri boleh bekerja dengan tekun dan bersemangat walaupun tidur sedikit, tetapi ada juga hari dan ketika, malas menguasai diri walaupun tidur sangat-sangat mencukupi.
Bila Jumaat menjelma - pasti persoalan berikut muncul:
- Apa yang dah aku capai dalam aspek hasil kerja berkualiti (dalam bentuk yang boleh dipegang - sudah siap dicetak, bukan masih lagi sebagai softcopy) dalam minggu ini?
- Apa yang dah aku capai dalam aspek peningkatan ilmu dan kemahiran seiring dengan peranan dan tugas aku sekarang sebagai pelajar PhD (boleh diukur - measurable) ?
Nota dan panduan berikut aku kongsikan untuk diri aku sendiri dan sesiapa yang mungkin bermasalah macam aku. Moga-moga membawa manfaat dan menjadikan diri kita lebih menghargai masa!
http://vitae.ac.uk/policy-practice/1393-3410/The-balanced-researcher-Strategies-for-busy-researchers.html
tetapi, ada dua juga persoalan yang sangat-sangat penting dan membuatkan aku rasa bersalah juga pada diri sendiri:
- Apakah peningkatan dalam setiap minggu dalam urusan dan peranan kita sebagai hamba kepada PENCIPTA?
- Apakah hak-hak insan lain yang tidak dan telah aku abaikan?
Persoalan yang perlu aku halusi dan diambil tindakan secara serius dan konsisten!
2 comments:
Enche' Afandi,
Terima kasih. Sudah lama dicari entri sebegini. Amat bermanfaat.
Nizam
Mr Afandiahmad,
It is nice to read yet another a web log entry from you. As far as I am concerned, most of your web logs concentrate on your studies and your relationship/submission to Allah, not to mention your relationship among humankind. And yes, consistency or istiqamah is important so that you can triumph in your studies, and improve the relationship with Allah and others. Keep it up!
Post a Comment