My Calendar

Sunday, 25 October 2009

Kecil

Sering kita dengan, ada tindakan yang kecil tetapi memberikan kesan yang sangat besar. Aku sangat-sangat bersetuju dan sentiasa cuba untuk menyemak diri. Adakah aku telah dan selalu melakukannya.

Antara yang ingin dikongsikan di sini:
  1. Ucapan terima kasih: Ini boleh diumpamakan sebagai 'magic word' dan agama juga menuntut kita sentiasa bersyukur dan berterima kasih. Syukur pada Allah itu pasti!. Apabila ada insan lain yang memberikan pertolongan kepada kita, ucaplah terima kasih. Tiada ruginya. Suami kepada isteri dan juga isteri kepada suami. Aku juga perlu menyemak berapa kali sehari kalimah azimat ini diungkapkan? Koreksi diri juga, berapa kali sehari kita mengucapkan syukur (Alhamdulillah) kepadaNya?
  2. Balasan SMS: Tiada ruginya, kita membuat insan lain jelas dengan SMS yang dihantar. Jawablah - "OK" atau "aku sibuk sikit, nanti aku get back" atau mungkin seringkas "K". Itu semuanya lebih baik daripada berdiam diri membuatkan "penantian sebagai satu penyeksaan".
  3. Balasan emel: Ini pun satu aspek penting. Kadang-kadang aku pelik, apa lah salahnya, membalas walau sebaris ayat. Misalnya "Dokumen diterima, tindakan sedang diambil" atau "Saya akan semak dan maklumkan kemudian" atau "Cadangan anda dihargai dan akan dipertimbangkan" atau juga seringkas "Terima kasih" ?
Inilah yang dinamakan seni dalam komunikasi. Aku perlu kuasai seni ini sebaiknya seperti mana yang aku harapkan juga. Semakin hari kita semakin meniti usia, biarlah umur yang bertambah dan nikmat yang menggunung kita perolehi juga menzahirkan peribadi diri kita yang lebih baik?


Nota: Seperti mana sedapnya ubi rebus bersama sambal tumis, begitu jugalah keinginan kita dalam kehidupan. Sedap dan menyedapkan!

7 comments:

Encik Ayie Yang Garang said...

sudah terlebih setahun kali pertama kita berjumpa bertentang mata di heathrow (wahhh macam ayat2 cinta la pulak).
saya ingin mengucapkan terima kasih untuk pertolongan ketika saya mula mula sampai dahulu.

walaupun saya dulu rajin meng-es-em-es incik pulish dan walaupun saya tidak kerap menerima balasan (walaupun sehurup K) saya tetap tidak merasa rugi berkawan dengan incik pulish.

terima kasih berkongsi bahagian 'balasan e-mail' kerana saya selalu mengabaikan aspek tersebut. saya akan cuba untuk berubah. terima kasih dengan ingatan ini.

incik, adakah saya akan bergelar angkel (uncle) tak lama lagi??

-Azrin-

Amdan's Family said...

Bro..
KO rindu ibu ko yee?
Sampai Ubi rebus pun jadi ibu rebus..
heheh
gurau je

Musa Abu Samah said...

selain tu kita juga kena mengaku salah kita w/pun kepada anak murid sbb ia mengundang rasa hormat melainkan kita buat salah bodoh... ehehehehe

Unknown said...

err... ubi kotttt

Unknown said...

terima kasih cikgu!
(main-main+mean it)

Khalid Isa said...

fandi...ko tak balas pun email aku yg lepas...kalau padi katakan padi, jangan hamba tertampi-tampi, Kalau sudi katakan sudi, jangan hamba ternanti-nanti...hehehe sesuai ke?

afandiahmad said...

Azrin: AKu mengidam nak rasa masakan ko la!

Mohsen: Haha kantoi!

Musa: Ko sangat betul!

Nasha: Haha salah eja

Hirumi: Jom jalan ke London plak

Khalid: Dasar pelakon betul haha