My Calendar

Saturday 18 September 2010

Siri Penyakit PhD

Sudah lama saya perhatikan. Sebelum saya memulakan pengajian PhD dan kini sehinggalah saya selesai pengajian. Saya pasti juga, apabila saya kembali bertugas kelak, situasi sebegini juga berlaku, cuma watak dan persekitarannya berbeza. Apa yang saya maksudkan dengan penyakit PhD?

Kredit foto: husnihassan

Saya sangat kurang senang dengan sebilangan besar mereka yang telah dan sedang menjalani pengajian PhD yang suka membesar-besarkan skala kesusahan, kesukaran, kehebatan dan betapa ulungnya kajian kedoktoran mereka. Jika sekadar membesar-besarkan skala kesukaran mereka sahaja masih lagi boleh dimaafkan, tetapi janganlah sampai merendah-rendahkan malah memperlekehkan kajian orang lain.

Bagi saya mudah sahaja. Jika anda merasakan kajian anda sukar, usaha yang gigih perlu digandakan. Bukannya dengan cara memandang enteng usaha dan kejayaan orang lain atau menyalahkan faktor-faktor lain, misalnya penyelia dll.

Benar, pengajian peringkat apapun, diploma, sarjana muda, sarjana malah peringkat sekolah rendah dan menengah juga ada kesukaran masing-masing. Bukanlah kesukaran ini yang menjadi lengkuk pembelajaran (learning curve) yang perlu kita lalui dan memahami nilainya?

Saya lihat gejala ini semakin berleluasa. Saya boleh merumuskan sifat ini dibesar-besarkan bagi individu-individu yang ingin menggambarkan diri mereka adalah sangat unggul. Hanya mereka yang terbaik sahaja boleh menjalankan kajian "sukar" seperti yang mereka jalankan. Hanya mereka yang berjaya lulus sahaja merupakan insan-insan terbilang!

Saya menjalani school of thought yang tidak mengajar untuk bertindak sebegini. Benar, mereka yang berjaya layak untuk "berbangga" atas usaha dan penat lelah yang dicurahkan. Saya sama sekali tidak menafikan hak mutlak itu. Tetapi, apa yang lebih penting bagi saya ialah:

"Bagaimana kita yang telah berjaya untuk memberikan sumbangan dan membentuk lebih ramai orang yang berjaya?"

2 comments:

insan kerdil said...

Terima kaseh atas nasihat Dr. saya rasa sngt terkesan dgn tulisan nie.

mama kifah said...

memang betul isi entry ini.salah seorang yg pernah terkena ialah saya.pernah bbrp org PhD Melayu memperlekeh2kan kajian saya (lab based). Mmg tidak wajar..bukankah ilmu Allah sangat luas..kdg2 saya tak faham knp sanggup berfikiran sedemikian. tidak sedarkah kita,mudah..susah..berjaya atau tidak, semuanya diberikan oleh Allah?