My Calendar

Sunday 1 May 2011

Post-Final Exam

Setiap kali munculnya peperiksaan akhir, khususnya di Universiti pelajar mula berada dalam zon tekanan. Tekanan datang dalam segenap segi, markah kerja kursus yang rendah, jadual peperiksaan akhir yang padat menggila dan pelbagai bentuk tekanan lain hadir.

Terpacul juga rasa penyesalan di kalangan pelajar terhadap kelemahan pengurusan diri dan azam baru dipahatkan dalam hati. "Ish...teruk betul semester nie, takpe semester depan aku akan buat dengan lebih baik lagi..."

Pastinya dialog seperti ini berulang-ulang siarannya setiap kali musim peperiksaan dan yang menjadi persoalan ialah apakah tindakan yang diambil untuk merealisasikannya? Lazimnya, usai peperiksaan akhir pelajar seolah-olah tolak mentah-mentah ke tepi azam baru itu.

Apa yang diperhatikan juga, budaya meraikan selesainya peperiksaan akhir setiap semester semakin menjadi-jadi di kalangan pelajar di sini. Sejujurnya, saya melihat perkembangan situasi ini adalah kurang sihat. Benar, tiada salahnya untuk meraikan atau melepaskan "penat" menjawab peperiksaan akhir. Tetapi, pengisian aktiviti ini juga dilihat mempunyai kurang nilai keilmuan. Lazimnya, masa dihabiskan dengan aktiviti seperti "mandi air terjun", "makan BBQ", "main boling", "makan pizza" dan yang berkaitan dengannya.

Bilakah agaknya, akan muncul aktiviti seperti "solat hajat" memohon agar dimudahkan dan dilembutkan pensyarah menanda kertas jawapan pelajar? Qiamullail perdana untuk memberikan ruang kita bermunajat dan memohon taubat, moga-moga permintaan kita dikabulkan olehNya?

Sudah tiba masanya, kita perlu berpijak di bumi yang nyata. Mengubah sesuatu yang dilihat sudah menjadi budaya kepada satu yang lebih mengisi jiwa. Saya terpukul dengan pandangan sorang sahabat minggu lalu, katanya "kita nie hipokrit dengan Allah". Maksudnya, berdoa dan meminta kepada Allah hanya dalam kesusahan. Apabila senang, semuanya kita tolak ke tepi!

2 comments:

muhsync said...

setuju ngan entri ni. biasanya dah abis exam masa tu baru bertekad yang next sem nak buat lagi baik. persoalannya kenapa next sem? kenapa tidak sekarang? perubahan yang bertangguh ni biasanya tidak akan menjadi. kalau nak berubah kena bertindak SEKARANG. dengan bertindak SEKARANG banyak benda akan berubah juga di masa depan. sekadar perkongsian :D

Sartika said...

Ya..apabila senang semuanya kita tolak ke tepi :'( hikss