Kegilaan masyarakat hari ini menerusi media sosial semakin menjadi-jadi. Pastinya, mereka yang menjadi pengasas kepada beberapa media sosial yang menjadi makanan manusia akhir zaman ini bersorak sorai penuh kegembiraan kerana "projek keusahawanan" mereka benar-benar menjadi!
Apa tidaknya, daripada kanak-kanak kecil, golongan remaja malah yang sudah berusia juga tidak lekang dengan Facebook. Siapa lagi yang mendapat faedahnya? Lihat sahaja, model telefon pintar juga bersilih ganti menembusi pasaran. Duit sahaja yang tidak mampu dipetik daripada pokoknya untuk menukar telefon setiap tiga (3) bulan sekali.
Jika dahulu, kita mendebatkan "Internet membawa keburukan" tetapi kini adakah kita mampu mendepani cabaran Facebook sebagai contoh? Manusia jadi hilang punca dan seolah-olah Facebook itulah segalanya-galanya. Semua perkara ingin dikemaskini sebagai status, semua masalah ingin diadu menerusi Facebook, marahkan seseorang juga ingin ditulis di situ.
Soalnya, di mana nilai akal budi dan adab kesopanan yang dilatih dalam diri sejak kita masih seorang budak hingusan? Atau, kita sebenarnya sudah menambah data kuantitatif sebagai salah seorang Facebook Attention Disorder?
KepadaNya jualah saya pinta untuk memberikan saya bimbingan dan pertolongan, walau dalam perkara berkaitan dengan sosial media ini.

2 comments:
Facebook Attention Disorder-kindly remind me about character disorder. One of the human sick.
Notes: bought tab not for tacebook but for ebook ^^
Golongan generasi Y ini yang terlebih terdedah kepada kemajuan IT. Memang bagus kemajuan IT ini tapi dengan kemajuan IT inilah yang menyebabkan golongan belia ini sudah tidak macam dulu. Ziarah menziarahi. Kan lebih manis kalau bersua muka terus. Oleh kerana terlalu maju IT inilah hilang budaya yang dituntut Islam itu. Bagaimananya berjaya kaum Barat dalam berperang saraf dengan golongan Islam. Mereka telah memenangi perang ini..
Post a Comment