My Calendar

Tuesday, 4 August 2009

Penjenamaan Semula dan Strategi Penjenamaan (Branding Strategy)

Penjenamaan semula bukan satu perkara yang asing terutamanya dalam syarikat-syarikat korporat bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Dalam aspek domestik, dapat disaksikan dengan jelas beberapa nama besar yang dulunya kurang dan mungkin tidak dikenali telah mengambil langkah serius dalam strategi penjenamaan. Dalam bidang industri penyiaran, rangkaian Media Prima (TV3, TV9, 8TV, NTV7) dilihat sangat serius dalam aspek ini dan tidak terkecuali juga RTM. Bezanya, hasil terhadap langkah serius ini memerlukan tempoh penilaian. Mudahnya, jangan impikan peningkatan jumlah penonton secara tiba-tiba melonjak jika strategi penjenamaan dibuat secara ’geli-geli’ sahaja.
Persoalannya, penting sangatkah jenama? Jawapannya mudah, sangat penting. Dalam konteks pengguna di Malaysia misalnya, kita lihat akan peri pentingnya jenama. Renungkan, kalau semua jenis kopi dipanggil ’Nescafe’, semua jenis ubat gigi kita panggil ’Colgate’, semua jenis mee segera kita panggil ’Maggi’, semua jenis minuman perisa coklat kita panggil ’Milo', nah! Bukankah itu menjelaskannya?

Bagaimana penjenamaan sesebuah Universiti atau institusi pendidikan di Malaysia? Satu pekara yang sangat menarik untuk dibincangkan. Malah ada yang menjadikannya sebagai tajuk kajian ijazah kedoktoran!


Ulasan dan cadangan:
  1. Penjenamaan nama sesebuah Universiti mempengaruhi persepsi ’stakeholder’ (alamak apa dalam BM ni??) misalnya pihak industri, ibu bapa dan pelajar yang bakal membuat pilihan pengajian.
  2. Penjenamaan sesebuah Universiti dirasakan lebih dominan melalui kualiti pensyarah, pelajar dan sistem sokongan (staf bukan akademik). Pensyarah yang hebat dalam penulisan (berapa banyak kertas jurnalnya yang dibuat ’citation’ dll) dan juga menjadi pakar rujuk dalam bidang-bidang tujah (niche area). Misalnya, UTHM seharusnya menjadi pakar rujuk dalam bidang-bidang tujah yang sangat berpotensi dan selaras dengan persekitarannya.
  3. Penting sangatkah ’ranking’ dalam menjenamakan Universiti? Saya berpendapat penting! Tetapi ini memakan masa yang lama dan proses yang berterusan (merangkumi CQI – Continous Quality Improvement) dan sokongan padu segenap lapisan warga Universiti (staf dan pelajar).
  4. Perlu diwujudkan satu pasukan yang secara serius menjalankan kajian dan mencadangkan pelaksanaan strategi penjenamaan secara berkala! Kenapa? Kerana kepuasan dan persepsi pelanggan sentiasa berubah-ubah! Pasukan ini seharusnya diberikan autoriti menjalankan kajian dan memberikan buah fikiran tanpa dibayangi perkara-pekara lain.
  5. Dunia hanya di hujung jari! Laman web rasmi sesebuah Universiti juga seharusnya senantiasa terkini dan mesra pengguna! Kajian terhadap jenis tulisan, warna, susun atur kedudukan menu perlu juga dibuat! Kenapa sedalam ini diperlukan? Kerana jenama adalah sangat penting! Ada kajian di sini (Brunel) dalam ijazah kedoktoran misalnya dalam bidang penjenamaan yang mengkaji kesan dan persepsi pengguna terhadap logo dan penulisan dari kanan ke kiri (Arab) berbanding tulisan kiri ke kanan (Rumi)!

Contoh strategi penjemaan:

Contoh 1: Di sekitar Parit Raja dan Ayer Hitam adalah kawasan pertanian dan industri kecil, alangkah moleknya kalau saya (saya menulis untuk membuatkan diri saya berfikir dan berfikir, apa yang boleh saya sumbangkan!) mempunyai kepakaran dalam aspek kejuruteraan pertanian, kejuruteraan membuat pasu, pemasaran dan penjenamaan produk industri kecil dan sederhana (kerepek, tembikar)?

Bagaimana misalnya bidang ’reconfigurable computing’ boleh membantu dalam proses pemantauan proses penanaman sayur, pokok pisang dll? Bagaimanakah mungkin teknologi ini boleh membantu penyelidikan tanah lembut yang sangat signifikan di Batu Pahat dan juga penghasilan tenaga baru melalui sisa bahan pertanian, misalnya tandan pisang?

Contoh 2: Menjadi pakar rujuk dalam kerangka pelaksanaan POPBL dalam bidang kejuruteraan di Malaysia dan dunia? (Berangan lebih sket hehe). Membina satu kerangka yang boleh diguna pakai oleh Universiti lain yang ingin menggunakan kaedah POPBL?

Alangkah indahnya, kalau kita berupaya menjenamakan produk (pelajar UTHM) dengan pencirian berikut:

  • Produk yang sangat bersedia menghadapi dunia kerjaya: sebagai natijah latihan seawal tahun pertama pengajian yang diperolehi melalui sistem pengajian berasakan POPBL/PBL
  • Produk UTHM yang cekap dalam aspek bahasa dan penyampaian: berbahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan satu bahasa asing serta berupaya membuat penulisan dan pembentangan dengan berkesan
  • Produk yang berupaya menjadi pemimpin, kemahiran kerja berpasukan dan mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang tinggi
  • Produk yang penuh dengan nilai keagamaan yang tinggi dan penuh dengan integriti dalam menjalankan tugas


Contoh 3: Menjadi institusi rujukan dalam penglibatan juruteknik dalam kerja-kerja penyelidikan. Ini adalah sangat baik dan perlu diberi perhatian yang serius seiring dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Dalam memajukan sesebuat institusi akademik, semua lapisan memainkan peranan yang signifikan. Alangkah manisnya, kalau pensyarah dan juruteknik berganding bahu menjalankan kerja-kerja penyelidikan (win-win situation untuk pensyarah dan juruteknik) dan ini juga merupakan strategi untuk memastikan makmal dan kemudahan yang ada sentiasa hidup! Alangkah ruginya kita! Kemudahan yang kita ada adalah bertaraf kelas pertama! Tetapi mungkin rosak kerana ’tidak pernah digunakan’!

Nota: Sekadar mengasah kemahiran berfikir. Moga pendapat ini ada manfaat kepada diri sendiri dan yang sudi membacanya. Ini hanya pandangan peribadi penulis.

3 comments:

AyunasiA said...

stakeholder-pemegang saham?
takpe, kalau nak belajar BI, tak perlu tau makna dalam bahasa ibunda hehe

tempat aku nak mulakan brand, dah dekat 10 tahun pon tak juga berjaya. still orang ingat aku keje kat kilang sabun 'attack' huhu

Aliyas @ Ashaari B Hasan Habidin said...

bagus tu idea... kalau kamu buat kajian tentang penjimatan elektrik ,contohnya pengunaan tenaga solar yang menghasilkan elektrik ..bagaimana nak menghasilkan papan panel solar yang murah dan menghasilkan elektrik... rumah aku kat johor boleh jadi bahan uji kaji...kamu kena buat dulu ...baru orang percaya cakap kamu...

Aliyas @ Ashaari B Hasan Habidin said...

kamu kena buat dulu... buat kajian kuasa solar.. bagaimana nak jimatkan elektrik ...kamu kan kos elektrik ..bagaimana nak hasilkan papan penal solar murah... buat la kajian tu