My Calendar

Tuesday 20 October 2009

Kawan, Serius, Poyo dan Kematian

Kisah 1: Kisah kawan
Minggu ini dua kali 'berjogging' di Heathrow. Ekoran larian yang kurang sempurna, acara pertama dijalani dengan peristiwa tersungkur di atas tangga bergerak. Berdarah dan bengkak!. Mujur larian kali kedua pagi tadi tiada apa-apa kecederaan yang dialami sebagai atlit suku profesional. Semuanya lantaran kisah kawan. Aku boleh tafsirkan, apa yang terjadi sebagai kisah penilaian dan tafsiran. Salah ke aku mengambil serius perkara-perkara yang pada pengamatan aku perlu diusahakan sebaiknya? Bagi aku, kawan ini umpama jambatan kemanusiaan. Untuk memastikan jambatan itu cantik dan memberikan makna, mesti dilengkap dengan senibina dan teknologi yang terbaik.

Kisah 2: Salah ke menjadi serius?
Aku tak pasti dan kadang-kadang pelik jugak. Salah ke agaknya bila kita hanya buat kerja kita, kurangkan berbual, kurangkan masa minum teh, kurangkan gelak-gelak? Aku rasa tiada salahnya, sebab aku tidak menganggu hak peribadi orang lain. Tetapi, baru aku sedari - rupanya tidak, kerana aku telah ditegur ekoran sikap aku yang sedemikian. Aduh! Pelik sungguh manusia

Foto ihsan: HusniHassan (infinite creativity)


Kisah 3: Beriya@poyo?
Ini soal tanggungjawab. Andai kita dah tentukan, program berjalan pada jam 8.30 pagi, masakah jam 8.25 pagi baru kita nak berkemas-kemas bertolak dari rumah? Bolehkah kita, semudahnya mencampur adukkan urusan peribadi dengan urusan kerja? Misalnya, keluar membeli belah? Benar, nilai tanggungjawab ini kurang disentuh secara nyata dalam pendidikan di IPT, tetapi malang sekali andai apabila kita mula berkerjaya, kita jadi gelap dunia!


Kisah 4: Kematian
Aiman (9 tahun) anak jiran sebelah rumah meninggal dunia kerana lemas di paya. Terbayang-bayang aku keletah dan riangnya. Benarlah, ajal maut itu bukan diasaskan melalui ukuran angka usia. Hukum akal mengatakan, yang tua akan mati kerana umur telah lanjut. Tetapi tidak semuanya tepat. Tanya diri kita, dah bersediakah kita andai esok kita tiada lagi di sini?

Foto ihsan: HusniHassan (infinite creativity)

3 comments:

Musa Abu Samah said...

aku tahu apa masalah ko... mungkin ko skrg menjadi terlalu serius... maklumlah nak balik malaysia dgn segulung PHD... apa pun selagi tidak mengganggu hal org lain biarlah... itu prinsip hidup, bukan hanya utk menjadi seorang yg glamour yg akhirnya memakan diri...

aku selalu bising kat anak murid pasal x tepati masa sbb aku pun akan bersaha menepati masa... kalo dah jd tabiat kita akan terus kebelakang nanti... dlm hal nie contohi ler org jepun, mendian tan sri Lim Goh Tong [pengasas Genting]... sbnr nya sbg org Islam kita yg patut menjadi contoh..

p/s: ko x wish birthday aku lg...

Unknown said...

benar...tidak semua manusia gembira melihat kita tersenyum..waspada

Unknown said...

kematian..
1 benda yg paling hampir dgn kita..
tp sudah dah bersedia ke kita ni??