My Calendar

Monday 12 October 2009

Minat, Kesungguhan atau Kepintaran?

Pendahuluan:

Minat, kesungguhan dan kepintaran ada pertalian dan sangat kuat. Lantas, ada yang berpendapat, kalau kita sudah tiada minta, agak sukar untuk kita melakukan sesuatu perkara. Mengenali individu-individu yang mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang fotografi, membuka ruang fikiran untuk lebih memahami apa yang diterjemahkan sebagai minat dan kesungguhan. Rumusannya ialah, KAGUM!

Foto ihsan: HusniHassan

Lantas, nota ringkas berikut memerlukan sedikit pemerhatian untuk diri ini fikirkan:

  1. Pupuk minat dalam sesuatu bidang berupaya menajamkan kepintaran (intelligence). Kita dimomokkan dengan kepintaran akal (IQ) semata-mata. Sesiapa yang mempunyai skor tertinggi dalam ujian IQ dikatakan lambang invididu yang pintar. Bagaimana pula dengan kepintaran pelbagai (multiple intelligence) yang sering kita terlepas pandang? Pintar dalam emosi, seni lukis, seni berhujah, seni fotografi, seni memasak dan macam-macam lagi
  2. Latih minda kita dengan memfokuskan kepada satu perkara yang kita minat dan asahkannya. Dengan latihan hari ke hari tanpa jemu dan memaksimum kelebihan/kepintaran dan meminimumkan kelemahan dapat membentuk kepuasan peribadi yang maksimum
  3. Bagi yang mempunyai anak-anak, kenal pasti kepintaran anak-anak kalian sejak kecil dan pupuk mereka dengan sifat-sifat yg positif. Sokongan insan-insan terdekat sangat besar ertinya dalam membentuk keperibadian. Jangan biarkan provokasi negatif dalam persekitaran yang dibimbangi akan meracun minda!
  4. Bagi yang dalam pengajian akademik, pupuklah minat dalam apa yang kita lakukan. Lihat sekeliling kita, ada orang yang boleh duduk berjam-jam mengadap bahan-bahan ilmiah lantaran minat yang sangat mendalam dalam penyelidikan dan penulisan.

Foto ihsan: HusniHassan

Kesimpulan:

Kita terlalu kerdil untuk pintar semuanya. Justeru, jangan dirasakan kita terlalu hebat dengan semudahnya memperlekehkan orang lain yang pada pengamatan kita mungkin tidak setanding dengan kita. Semat dalam hati, semakin banyaknya peluang yang diberikanNya, semakin lebar seharusnya sifat HIKMAH dalam diri kita! Peringatan untuk diri ini SENDIRI.

3 comments:

azlan ahmad said...

sangat bersetuju..!!

Encik Ayie Yang Garang said...

kalau saya cakap 'saya MINAT SUNGGUH SUNGGUH dengn KEPINTARAN incik pendi' macam mana? ok tak?? he he he.
anyway, i wish that you are sihat walafiat dan your research progressing well. ada masa kalau turun MSD sila sila sms. number Lebara(N) dah tamat tempoh. tinggal number O2 jer. :-)

Unknown said...

infomative