My Calendar

Wednesday 13 June 2012

Kualiti Kerja & Adab Berguru

Saya terharu, apabila dihubungi menerusi emel oleh beberapa khalayak pembaca berkaitan hal ehwal PhD. Siapalah saya sebenarnya untuk berbicara lanjut berkaitan perkara besar ini, terlalu kerdil.

Apapun, saya cuba memberikan penasihatan terbaik agar khalayak pembaca tersebut menjadi lebih bersemangat atau setidak-tidaknya mempunyai idea tambahan untuk lebih berkeyakinan melayari perjalanan PhD masing-masing.

Suasana awal pagi di Felda LBJ - Kawasan orang kaya

Kini, saya juga diberikan ruang dan peluang menyelia dalam pelbagai peringkat pengajian - sarjana muda, sarjana dan juga doktor falsafah. Nyata, seni menyelia ini tidak mudah seperti yang disangkakan.

Seringkali saya terperangkap dalam dua (2) soal utama, iaitu kualiti dan adab berguru. Ini adalah antara intipati utama sepanjang berkelana dalam terowong gelap PhD bersama Dr A.

Saya masih jelas terbayang dan segar dalam ingatan, antaranya:
  • bagaimana kesediaan penyelia mengambil saya sebagai pelajar pada saat-saat saya berkira-kira mengemas beg untuk pulang sahaja ke Malaysia;
  • bagaimana sukarnya mengenali dan mendalami baris demi baris apabila terperangkap dalam menghasilkan dokumen menggunakan Latex;
  • bagaimana duduk di barisan belakang kuliah tahun tiga undergraduate, kerana perlu menghadiri satu subjek yang tidak saya ikuti sebelum ini; dan
  • bagaimana saban petang hadir kuliah English Grammar dan Transferable Skills kerana kertas teknikal saya seringkali merah, merah dan merah.

Bukanlah, niat saya menyenaraikan perkara-perkara ini untuk menggambarkan betapa unggulnya perjalanan PhD saya. Namun, ini adalah antara lipatan kenangan yang saya pelajari demi memenuhi kualiti kerja yang ditetapkan oleh penyelia saya dan memahami tanggungjawab saya menunaikan hak penyelia.

1 comment:

leanayesha said...

Assalam,

Saya sgt bersyukur krn diizinkan Allah membaca blog ini. Disaat saya buntu dgn kerja2 PhD, blog ini menjadi sasaran bagi saya mencari semula kekuatan untuk bangkit kembali. As your readers, we can smell the sincerity in every single word that you shared with us. You teach us how to give the best in whatever we are doing. Semoga Fandi akan terus berjaya didunia dan lebih lebih lagi di akhirat. Hanya ucapan terima kasih yang mampu diberikan atas perkongsian ilmu dari Fandi buat kami semua. Semoga Fandi dan keluarga sentiasa dirahmati Allah.