My Calendar

Thursday 27 August 2009

Kawan Lama

Selain tuntutan akademik yang perlu dilunaskan sepanjang pengajian ini, pengajian terhadap tingkahlaku dan watak manusia juga perlu dilalui. Hari ini juga, ada berita gembira dalam kamus persahabatan. Melalui kawan lama dan facebook, dapat bertemu dengan sahabat lama yang terpisah sejak berumur 9 tahun. Gembira!
Gambar anak monyet betul-betul suka aku perhatikan. Ceria dan tanpa wasangka. Namun, dalam berkawan, tidak kurang juga sebaliknya hingga bisa mengundang bunga sengketa. Di depan kita berlagak suci, di belakang kita berbicara itu dan ini.

Walau apapun, sikap dan peribadi orang lain bukan di dalam kawalan kita. Kadang-kadang silent theraphy diperlukan untuk menghadapi manusia-manusia jenis begini. Bukan membenci, jauh sekali berdendam. Tetapi, sekadar lebih berhati-hati.

Sekadar renungan untuk diri ini fikirkan:
  1. Ada orang berkawan, kerana kita ada kereta besar yang boleh ditumpang. Agaknya, ada tak orang nak kawan andai kita hanya berbasikal atau berjalan kaki?
  2. Ada orang berkawan, kerana kita ada rumah besar yang boleh ditumpang. Agaknya, ada tak orang nak berkawan andai kita hanya berumah tanpa bilik?
  3. Ada orang berkawan, kerana ada kepentingan yang diinginkan.
Kenapa mesti semuanya didasari atas sifat kebendaan yang tidak pun boleh dibawa masuk ke dalam kubur? Tak bolehkah, kalau kita berkawan kerana Allah? Untuk mendapat redhaNya dengan membuka peluang bagi kita melakukan lebih banyak kebaikan?

9 comments:

Mohsen Amdan said...

Ada yang berkawan kerana Allah.
Namun, si kawan yang dikawani itu sendiri tidak menyedari yang kawannya itu berkwan kerana Allah, bukan kerana kereta atau rumahnya

Nizam Awang said...

ketepikan perkara yang di luar kawalan itu. yang penting kita perlu dan jadi ikhlas. insha allah, akan ditemukan kawan yang baik dan bermanfaat. kawan yang sempurna dan luhur segala segi. itulah namanya adat berkawan. terima segala kekurangan bersama dan perbaikilah ke arah kebaikan.

berkawan dan berpisah kerana-Nya. itulah yang paling afdhal. pokoknya, tidak rugi berbuat baik kepada orang. sesungguhnya kawan yang terbaik untuk kita hanyalah Allah.;-)

Anonymous said...

bukan dlm istilah kawan saja.. dalam hubungan suadara mara pun sama.. kalau sudara yg kaya ada disanjung sanjung.. kalau sudara miskin tidak dipedulikan...

che mad said...

tersinggah ke teratak saudara..ini sekadar pendapat saya..manusia dicipta saling memerlukan saling melengkapi..apa yang saudara cuba gagaskan adalah suatu persahabatan yang terlalu ideal melangkaui sifat manusia..

kadang2 syak wasangka kita terlalu berlebihan menyebabkan kita meragui persahabatan seseorang itu..
apabila ini berlaku saya kira puncanya adalah hati saudara sendiri yang kurang bersih..

saya mengagumi saudara sebagai seorang penyelidik dan mungkin terlalu kuat menyelidik sikap menyelidik itu terbawa-bawa dalam pergaulan..wassalam

Unknown said...

suka atau tidak...dalam meniti sekolah kehidupan semua manusia harus merasai perit getri dan masam-manis dalam sesuatu perhubungan...apapun berhati-hatilah berjalan didunia yg penuh dgn drama dan sketsa yang tidak dpt diduga..

afandiahmad said...

Mohsen: Terima kasih, saya kira saya kenal siapa yang bergelar 'kawan' bagi anda

Nizam: Thanks ustaz

Firelies: Setuju juga

Che Mad: Saya hargai dan suka dengan komen saudara. Telus dan tulus. Ini yang saya mahukan. Insya Allah, saya akan cuba perbaiki diri. Terima kasih

AbM: Ye, dunia pentas lakonan dan kita juga adalah antara pelakonnya. Terima kasih

Mr.Tokey said...

Dr.fandi..tak pernah dpt sms saya ka..kalau dpt reply.

Unknown said...

kawan. satu tajuk diskusi tiada hujung noktahnya. ada baik, ada kurang. kalau x baik, bukan kawan namanya dah 'lawan' dah tu.

Unknown said...

satu penting bagi saya, if not what fren do to us is matter, it is matter what do u do to ur fren.
jadi la kawan yg baik walau kawan itu kurang baik dgn kita, 1 ari dia tersedar kekurangn die sendiri, bcoz no body is perfect, doc.hihi.