Agak lama juga tertangguh untuk memberikan komen berhubung isu ini. Teman di sini dan juga teman di Malaysia ada juga yang bertanya pendapat peribadi berhubung isu ini. Biarlah pendapat yang bakal diberikan bukan sesuatu yang dicerminkan dari sudut politik! Tetapi biarlah dilihat sekadar pandangan peribadi dari seorang anak nelayan dan peneroka.
Kisah peribadi:
- Bak asalnya seorang nelayan dan mak pula sememangnya suri rumah. Berpindah ke FELDA dengan niat mengubah kehidupan sekeluarga. Suasana dalam keluarga sememangnya 0 terhadap bahasa Inggeris - malah langsung tiada kesukaan keluarga untuk menonton siri di televisyen berbahasa Inggeris. Malah di Semenchu itu sendiri (pada zaman aku membesar, sekarang tak pasti pulak) nak jumpa akhbar berbahasa Inggeris juga hampir MUSTAHIL!
- Bersekolah aliran penuh melayu (tiada juga rakan dari bangsa Cina dan India) yang semuanya menggunakan bahasa melayu.
- Seawal tingkatan 1 hinggalah menjelangnya PMR, bahasa Inggeris diajar oleh guru opsyen BM. Langsung, tiada seorang pun calon PMR 1994 yang mendapat 8A! gara-gara Bola, Cangkul, Dogol dan Enggang bagi kertas bahasa Inggeris. Bukan menyalahkan guru! tetapi meletakkan akan peri pentingan peranan guru!
- Menulis laporan projek sarjana muda (PSM) dalam bahasa Melayu dan disertasi sarjana juga dalam bahasa Melayu (UKM! mewajibkan pelajar nusantara menulis laporan mereka dalam bahasa Melayu).
- Kini! Semuanya dalam bahasa Inggeris! 3 tahun diberikan untuk belajar dan mengamalkannya dan pastinya kelak menulis tesis PhD dan mempertahankannya dalam bahasa Inggeris!
Pandangan peribadi:
- Sistem pra-sekolah (Tadika atau tabika) mesti dimurnikan kaedah pengajaran bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu.
- Perbaiki kaedah pengajaran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu! Apa yang ada terlalu berorientasikan peperiksaan! Mempelajari dan menguasai bahasa adalah dua entiti yang berbeza! Bahasa mesti diajar merentasi budaya (sasteranya) bukan sekadar tahu Articles (a, an , the) atau juga kata kerja (makan, minum dll)
- Pandangan peribadi! Seronok mempelajari bahasa Inggeris dengan cikgu-cikgu di sini! Mengapa tidak dilaburkan dengan mengimport mereka untuk menyuntik semangat baru terutamanya di sekolah-sekolah yang sangat kritikal!
- Mengapa? Kurangnya korporat prihatin yang menaja program-program bersifat akademik (mengukuhkan penguasaan bahasa, sains dan matematik dll) berbanding menaja program bersifat hiburan? (Nota: Berapa banyak tajaan bagi hadiah sesebuah realiti TV berbanding program akademik untuk anak bangsa?)
- Pengukuhan diperlukan! Cuti semester di sekolah, universiti mesti diisi dengan program pengukuhan bahasa, sains, matematik, agama dll. Di sini, misalnya ada konsep "summer school" yang membawa pelajar dari Itali untuk mengukuhkan bahasa Inggeris, kos yang tinggi, tetapi kenapa tiada yang menaja?
Akhirnya, ini hanyalah pandangan peribadi dan semoga kita tidak hanya saban waktu memberikan komen "pelajar kita lemah", "pelajar kampung tercicir" dan seribu satu macam lagi! Usaha biarlah konsisten dan berterusan serta kajian dan kajian mesti dibuat dan dibuat dan dibuat (signifkannya erti sebuah kajian!).
1 comment:
Imam Shafie juga tak ambil exam..tapi ilmunya berkembang
Sistem kita lebih kepada siapa ada sijil apa..bukan siapa tahu apa.
Pengesahan tahu apa tu hanya bersandarkan sijil
Warren Buffet takde PhD pun..tapi buku berkaitan startegi perniagaannya laku seluruh dunia
Post a Comment