My Calendar

Monday 27 July 2009

Umum: PBL dan POPBL: Kenapa perlu?

Entah! Tanpa disangka-sangka PBL dan lagi-lagi POPBL jadi sangat rapat dengan diri ini bermula pada 2006. Pada masa Assoc. Prof. Mona Dahms memberikan pembentangan, langsung tidak memberikan kesan. Tetapi pada semester tersebut, mengajar pelajar tahun akhir (Mikroelektronik). Tergerak pula nak mencuba POPBL dengan acuan AFANDI (Haha! perasana la tu). Lantas, membuka ruang dan peluang. Lanjutannya percubaan tersebut membawa diri ini ke Budapest dan Aalborg. Membentang dan mendalami secara lebih dekat dan akhirnya jatuh cinta dengan bidang ini.

Pengalaman menjalankan POPBL untuk tahun 4 (mikroelektronik), tahun 3 (rekabentuk sistem digit), tahun 2 (elektronik digit) dan tahun 1 (teori litar elektrik) memberikan kesan yang besar. Melihat dan mendalami secara dekat isu dan cabaran terhadap pelaksanaan dalam budaya pendidikan tinggai di Malaysia! (Nota: POPBL telah lama bertapak dalam bidang perubatan dan Aalborg misalnya telah hampir 30 tahun menjadi universiti yang menggunakan model POPBL).

Pengalaman:
  1. POPBL perlu diterapkan seawal tahun 1 di Universiti sebagai persediaan pelajar kepada kerja berkumpulan pelbagai bangsa, profesionalisme sebagai bakal jurutera, pengurusan projek, kemahiran pembentangan, kemahiran menulis laporan dan seribu satu macam faedah lagi!
  2. Permasalahan yang diberikan dalam POPBL mestilah bersifat masalah sebenar (real problem) yang diambil dari industri supaya pelajar dibiasakan dengan masalah sebenar! Langsung memberi ruang kepada pensyarah membina jambatan bersama pihak industri
  3. Proses penyeliaan dalam POPBL mesti difahami dengan baik oleh penyelia (pensyarah) agar tidak berlawanan dengan falsafah POPBL iaitu ke arah CQI (continuous quality improvement) - mesti wujudnya gegelung tertutup (close loop)! Ini juga adalah selari dengan matlamat proses pendidikan, ke arah pembaikan berterusan
  4. Proses penilaian juga bukan bersifat menghukum! Menjadikan yang hebat akan lebih hebat dan yang lemah akan terus lemah! Sebaliknya, menjadikan yang hebat akan lebih hebat dan yang lemah kepada hebat!
  5. Sebaiknya, kumpulan ditentukan oleh penyelia (pensyarah) dengan mengambik kira faktor demografi (jantina, kelulusan akademik, etnik dll)! Banyak faedahnya.

Cadangan peribadi:
  1. PBL dan POPBL sewajarnya diperkenalkan seawal sistem pra sekolah hingga ke Universiti.
  2. Satu kerangka khas pelaksanaan diperlukan merankumi isu penyediaan masalah sebenar, penilaian, penyeliaan dan pembaikan berterusan.
  3. Latihan kepada penyelia diperlukan supaya proses bimbingan berjalan dengan sempurna.

Potensti faedah yang bakal dicapai:
  1. Pelajar: Perpaduan melalui kerja berkumpulan seawal peringkat sekolah hingga ke Universiti (memahami perbezaan budaya dan agama dapat mengecilkan jurang prejudis)
  2. Pelajar: Dicabar dengan masalah yang bersifat sebenar berbanding tugasan yang bersifat teori yang diceduk dari buku teks
  3. Pelajar: Mengukuhkan kemahiran insaniah (kerja berkumpulan, pengurusan masa, keusahawanan, komunikasi dll)
  4. Pensyarah: Membina jambatan dengan pihak industri dengan mendapatkan masalah sebenar di industri/lokasi sebenar kerjaya tersebut
  5. Pensyarah: Meningkatkan kemahiran penyelidikan melalui kajian awal terhadap permasalahan yang ingin diberikan kepada pelajar

Nota:
PBL = Problem Based Learning (Pembelajaran Berasaskan Masalah)
POPBL = Project Oriented Problem Based Learning (Pembalajaran Berasaskan Masalah Berorientasikan Projek)

4 comments:

azlissani said...

salam encik fendi,

PBL di uthm semasa aku tinggalkan hujung tahun lepas senyap je. tak 'boom' macam dulu, agaknya clash dengan OBE lah dan macam2 istilah lain. pernah jugak aku report kat dr ber tentang misused istilah ini yg menyebabkan student & pensyarah agak fobia dengan kaedah ini. akhirnya.. kembali cara lama. harapannya nanti; encik fendilah yang akan mengimarahkan semula PBL ini apabila balik ke bumi parit raja kelak. InsyaAllah.

nurul aziyana said...

teringat pengalaman diPBLkan oleh en fandi...naik master rase seronk ngn PBL tp masuk poli xreti nk implement

afandiahmad said...

To Desilza: Aduh, mudahnya kita fobis kan? hehe

To Nurul Aziyana: Korang asyok komen banyak kerje kan? hehe padan muka!! Apa lagi, jadilah pioneer kat POLISAS yang lead PBL/POPBL??

Unknown said...

cabaran sungguh POPBL ni untuk dilaksanaan di Politeknik.