No great work is ever done in a hurry. To develop a great scientific discovery, to print a great picture, to write an immortal poem, to become a minister, or a famous general—to do anything great requires time, patience, and perseverance. These things are done by degrees, “little by little.” (W. J. Wilmont Buxton)
My Calendar
Thursday, 31 December 2009
Membuat K.E.P.U.T.U.S.A.N!
Tuesday, 29 December 2009
Patut ke macam nie?
Sunday, 27 December 2009
Anak murid
Cermin diri
Friday, 25 December 2009
Singkat Tetapi...
Thursday, 10 December 2009
FPT 2009
- Apa sebenarnya keperluan dalam industri telemedicine - user point of view. Apa keperluan end user dalam aspek area, power, maximum frequency, computation time? Jadikan satu case study dan ini sangat berguna untuk justify research motivation! - Bincang dengan SV untuk rujuk kepada Geneva Hospital atau Irish company
- Bagaimana power consumption diukur? Adakah memadai dengan hanya XPower? Sudah pasti tidak, jadi perlu diukur melalui real measurement (power analyzer etc) - Email kepada penyelidik di CNRS, France
- Kenapa guna HW-SW co-design dan tidak gunakan decoder yang sedia ada dalam MPEG or H.264?
- Berapa efficiency antara compressed image berbanding original data?
- Apa perbandingan antara HW-HW dan HW-SW implementation?
Friday, 4 December 2009
Muda-muda dah jadi profesor
BIOCAS 2009
The 2009 IEEE Biomedical Circuits and Systems Conference (BioCAS 2009)
26 – 28th November 2009, Beijing, China
Afandi Ahmad (0729168)
Image and Vision Systems Laboratory
Department of Electronic and Computer Engineering
School of Engineering and Design
The 2009 IEEE Biomedical Circuits and Systems Conference (BioCAS 2009) that is taking place in Beijing, China is the 4th in series of very successful conferences organised under the auspices of the BioCAS technical committee of the IEEE Circuits and Systems Society. The mission of BioCAS is to bring together scientist, engineers and medical researchers and practitioners from all over the world to meet, discuss cutting-edge research and exchange innovative idea in the area of biomedical circuits and systems. This year has witnessed the submission of total 118 papers from 26 countries and a total of 59 papers were accepted including my paper and it gave me the tremendous opportunity to share my PhD research findings.
[Ini sebahagian laporan yang perlu disertakan kepada Brunel Graduate School kerana telah menganugerahkan Vice-Chancellors Travel Prize]
- Jangan jadikan alasan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua untuk kita tidak maju dan tercicir! Sangat mengkagumkan, kerana hampir 95% kertas kerja yang diterima adalah penulisnya bukan berasal sebagai penutur bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama!
- Pengalaman menyaksikan pembentang dari negara Jepun dan China sangat membuktikan sikap rajin dan komited mereka adalah kunci kejayaan!
- Mereka kebanyakan dari universiti tersohor dunia! Stanford, MIT, John Hopkins [USA], Ecole Polytechnique Montreal [Canada], Tsinghua University, Hong Kong University Science and Technology [China], Imperial College, Edin [UK], [Jepun], [Eropah - Jerman, Perancis] dan aku membawa bendera Brunel + UTHM + Malaysia [hehe perasan plak] - satu latihan membina keyakinan diri
Reject lagi :(
- Kertas kajian ini masih belum mencapai spesifikasi yang dikehendaki oleh ACM - maka kaji akan kelemahannya (rujuk komen penilai)
- Pengalaman menghantar kertas kajian kepada jurnal-jurnal ternama seperti IEEE, ACM, Elsevier [setakat hari ini] adalah satu pengalaman yang menarik dan berharga - perlu memahami LR, kaedah kajian, analisa keputusan dan penilaian
- Bukankah dengan adanya percubaan ini [hehe walaupun reject] dapat memberikan ruang untuk diperbaiki sebelum hasil akhir tesis PhD?
Wednesday, 2 December 2009
Potential Ideas
- Adakah cara aku berfikir masih terlalu lambat dan terkebelakang?
- Bagaimana agaknya mereka yang berjaya menjana idea-idea bernas dalam menjalankan penyelidikan?
- Asas sains dan matematik aku yang lemah, menghadkan percambahan idea. Apa yang harus aku lakukan?
Sunday, 22 November 2009
Masa semakin pantas!
- Aku nak 'compile' semua kod-kod VHDL yang telah dibina lengkap dengan komen-komennya
- Aku nak 'compile' semua kertas-kertas kerja dalam bentuk penulisan sebuah tesis [walaupun masih banyak kelompangannya]. Siapa tahu, dengan cara ini aku akan jadi lebih bermotivasi untuk menyudahkannya?
- Aku nak 'settle' beberapa isu tatabahasa Inggeris yang masih kelam kabut. Malu pun ada jugak, kalau seringkali tuan penyelia membetulkan benda yang sama berulang-ulang. Lemah betul aku dalam hal ehwal 'articles' dan juga 'tenses'.
Saturday, 21 November 2009
Pengkhianat
Syukur
Thursday, 19 November 2009
Gurau adalah bunga sengketa
Thursday, 12 November 2009
Pelik?
Wednesday, 11 November 2009
Syukur
Sunday, 25 October 2009
Kecil
- Ucapan terima kasih: Ini boleh diumpamakan sebagai 'magic word' dan agama juga menuntut kita sentiasa bersyukur dan berterima kasih. Syukur pada Allah itu pasti!. Apabila ada insan lain yang memberikan pertolongan kepada kita, ucaplah terima kasih. Tiada ruginya. Suami kepada isteri dan juga isteri kepada suami. Aku juga perlu menyemak berapa kali sehari kalimah azimat ini diungkapkan? Koreksi diri juga, berapa kali sehari kita mengucapkan syukur (Alhamdulillah) kepadaNya?
- Balasan SMS: Tiada ruginya, kita membuat insan lain jelas dengan SMS yang dihantar. Jawablah - "OK" atau "aku sibuk sikit, nanti aku get back" atau mungkin seringkas "K". Itu semuanya lebih baik daripada berdiam diri membuatkan "penantian sebagai satu penyeksaan".
- Balasan emel: Ini pun satu aspek penting. Kadang-kadang aku pelik, apa lah salahnya, membalas walau sebaris ayat. Misalnya "Dokumen diterima, tindakan sedang diambil" atau "Saya akan semak dan maklumkan kemudian" atau "Cadangan anda dihargai dan akan dipertimbangkan" atau juga seringkas "Terima kasih" ?
"Pak Uda belajar rajin-rajin ye"
"Buat anak-anak saudaraku yang sedang meniti usia, aku doakan agar kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Berjalanlah di muka bumi ini dengan penuh rasa rendah diri dan kenal akan diri kita sendiri. Moga Allah sentiasa melindungi kalian dan menjadi insan-insan yang membuatkan mak dan ayah kalian gembira".
~Pak Uda~
Friday, 23 October 2009
Masa?
- Apa yang dah aku capai dalam aspek hasil kerja berkualiti (dalam bentuk yang boleh dipegang - sudah siap dicetak, bukan masih lagi sebagai softcopy) dalam minggu ini?
- Apa yang dah aku capai dalam aspek peningkatan ilmu dan kemahiran seiring dengan peranan dan tugas aku sekarang sebagai pelajar PhD (boleh diukur - measurable) ?
- Apakah peningkatan dalam setiap minggu dalam urusan dan peranan kita sebagai hamba kepada PENCIPTA?
- Apakah hak-hak insan lain yang tidak dan telah aku abaikan?
Tuesday, 20 October 2009
Kawan, Serius, Poyo dan Kematian
Monday, 12 October 2009
Minat, Kesungguhan atau Kepintaran?
- Pupuk minat dalam sesuatu bidang berupaya menajamkan kepintaran (intelligence). Kita dimomokkan dengan kepintaran akal (IQ) semata-mata. Sesiapa yang mempunyai skor tertinggi dalam ujian IQ dikatakan lambang invididu yang pintar. Bagaimana pula dengan kepintaran pelbagai (multiple intelligence) yang sering kita terlepas pandang? Pintar dalam emosi, seni lukis, seni berhujah, seni fotografi, seni memasak dan macam-macam lagi
- Latih minda kita dengan memfokuskan kepada satu perkara yang kita minat dan asahkannya. Dengan latihan hari ke hari tanpa jemu dan memaksimum kelebihan/kepintaran dan meminimumkan kelemahan dapat membentuk kepuasan peribadi yang maksimum
- Bagi yang mempunyai anak-anak, kenal pasti kepintaran anak-anak kalian sejak kecil dan pupuk mereka dengan sifat-sifat yg positif. Sokongan insan-insan terdekat sangat besar ertinya dalam membentuk keperibadian. Jangan biarkan provokasi negatif dalam persekitaran yang dibimbangi akan meracun minda!
- Bagi yang dalam pengajian akademik, pupuklah minat dalam apa yang kita lakukan. Lihat sekeliling kita, ada orang yang boleh duduk berjam-jam mengadap bahan-bahan ilmiah lantaran minat yang sangat mendalam dalam penyelidikan dan penulisan.
Tuesday, 6 October 2009
Pembentangan Projek Sarjana Muda (PSM)
- Pastikan kertas kerja seminar dihasilkan mengikut format dan profesional. Penulisan akademiknya juga seharusnya tepat dan jelas. Semakin jelas dan profesional kertas seminar, memberikan gambaran awal hasil kerja yang berkualiti.
- Elakkan kesalahan-kesalahan lazim misalnya ejaan, rajah yang tidak dilukis semula (hanya copy n paste), teks yang diceduk dari Internet.
- Slaid pembentangan mesti disediakan secara profesional (pemilihan warna, teks, susun atur dll) perlu diperhalusi. Jangan hentam keromo dan ambil mudah.
- Jangan sekali-kali hanya copy n paste dari kertas seminar dan menjadikan slaid pembentangan adalah versi lain kertas seminar.
- Mudahkan slaid pembentangan dengan mewakilkan teks dengan rajah, jadual, carta alir.
- Berlatihlah menyampaikan pembentangan dengan fasih dalam Bahasa Inggeris. Latihan yang gigih dapat menjadikan kita lebih bersedia dan fasih. Sediakan skrip bagi membantu melancarkan kefasihan.
- Sediakan FAQ untuk kemungkinan soalan-soalan yang bakal ditanya. Dengan adanya persediaan ini, kita akan lebih bersedia menghadapi sesi Q n A dengan lebih yakin.
Sila Pulangkan Kepada SAYA!
- Baru-baru ini aku belajar untuk lebih berhati-hati. Aku selalu betul buat silap dan kadang kala terlalu teruja dengan sesuatu perkara. Gelojoh! Itu mungkin perkataan yang sesuai untuk sikap aku ini.
- Namun, benarlah dan aku akui bahawa keadaan dan atmosfera yang berbeza itu membuatkan cara kita berfikir juga berbeza.
- Sekarang, perkara ini telah berlaku dan mengundang pelbagai persoalan. Aku akan bertanggungjawab dan benar-benar belajar dengan 'salah faham' yang pada pengamatan dan tafsiran akal kerdil aku, bukan 'salah faham'.