My Calendar

Monday, 31 December 2007

Desir Angin Kota London...

Moga dapat ku ulang semula detik ini. Makan Pizza di Plaza Angsana. Mak, bak, keluarga dan semua di Malaysia...aku rindukan kalian semua...

Warna-Warna Kehidupan...2007


Warna-warna kehidupan...2007. Insya Allah kita akan tinggalkan 2007 tahun masihi dan akan bermula detik 2008. Ada beberapa persoalan yang wajar dirungkaikan. Misalnya, jangan kita lupa untuk permulaan 1 Muharam 1429 (dan membaca doa awal dan akhir tahun). Andai kita sering mengingati tahun baru masihi, tentu kita mesti juga ingat tahun hijriah. Peringatan buat insan bernama Afandi Bin Ahmad.
Kini, dah sebulan lebih di bumi England. Pastinya setiap hari yang mendatang aku memohon agar Allah memudahkan segala urusan. Rindu pada keluarga di tanah air kadang-kadang tak dapat dibendung. Moga kalian juga sihat dan berada di bawah lindungan Allah. Untuk tunang dan keluarga juga didoakan agar beroleh kebahagiaan. Untuk sahabat2, anak-anak pelajar...semoga kalian akan terus berjaya...dan kita bertemu di puncak kejayaan di dunia dan kegemilangan di akhirat.
Salam Angin Kota London...2007

Plan of Study


Alhamdulillah, dengan izin Allah cuti Christmas dan New Year nie ada 2 target kerja yang nak disudahkan berjaya sampai ke penghujungnya. Kini masuk fasa "proof-reading". Fasa nie yang selalu kita lupa dan tak buat, sedangkan fasa ini sangat penting dalam setiap hasil kerja yang kita lakukan. Antaranya struktur ayat, tatabahasa, ejaan (maklum saja la English aku yg dalam proses pembelajaran nie). Semoga POS ini akan menjadi panduan dan berjaya aku patuhi. Table of Article Review pula dapat menjadikan penyelidikan yang dijalankan ini sangat bermakna kepada Agama, Bangsa dan Negara. Insya Allah.


PhD...Hanya keredhaanMu yang daku pinta...

Table of Article Reviews

Rasanya (sekadar cadangan), selepas kita membaca artikel untuk penyelidikan kita, selain daripada menjadikannya kepada peta minda, kaedah penjadualan juga boleh membantu memudahkan kita untuk mengkelaskan dapatan dari bahan bacaan kita.
Rekod seperti ini penting, terutama sekali dalam menentukan "gap" dan "research direction" dalam penyelidikan kita. Selain dari pengajian peringkat PhD dan Sarjana, rasanya kaedah ini juga boleh diguna pakai untuk PSM, bagi menjadikan PSM itu "kecil tetapi signifikan".

Pesan Orang Berjaya



Perkongsian ini saya pasti dapat memberi manfaat. Insya Allah saya cuba amalkan. Semoga kita sama-sama berjaya. Insya Allah

Performance Comparison of Emerging Dirac Video Codec with H.264/AVC



Performance Comparison of Emerging Dirac Video Codec with H.264/AVC




Terima Kasih Atas Segalanya

Alhamdulillah, akhirnya bungkusan yang dikirimkan oleh pengirimnya (hehe) selamat sampai. Bersama kain pelikat (sebab bawa 1 je), serunding daging, sambal tumis ikan bilis, kek kismis dan bahulu....adalah satu yang sukar untuk diungkapkan. Ternyata jarak England - Malaysia benar-benar memberikan satu tarbiyah dalam kehidupan ini. Moga Allah memberikan keredhaan kepada kami.


Terima Kasih Segalanya

Pemilik Restoran A.K.A Chef Tak Bertauliah

Nie la wajah pemilik restoran nie...di dapur nye...setelah hampir sebulan bukan restoran nie...Thanks pada hafizal (sponsor baju Mustang tu...hehe)

Menu Restoran Semenchu...Penutup 2007

Nasi Goreng Campur
Pizza Maggi (Nak Try?)
Mackarel + Terung Goreng (Menu orang Malas!)

Menu Restoran Semenchu...Penutup 2007

Telur Dadar
Rainbow Masak Sambal
Masak Air Labu Air
Ayam Goreng Je
Ikan Bilis Goreng Kicap

Menu Restoran Semenchu...Penutup 2007

Maggi Berkuah
Ayam Goreng Madu
Nasi Goreng Cucumber
Sup Daging & Buncis (menu org malas!)
Ikan goreng rainbow (nama ikan ni ikan Rainbow)

Menu Istimewa Aidil Adha 1428

19 Disember 2007 lalu, kami merayakan Aidil Adha 1428. Buat pertamanya beraya jauh dari keluarga. Aku puas jugak la telefon keluarga...ok jugak ada Lebara nie...so murah la sikit call Malaysia...
Suasana sambutan kat sini tak dirasa sangat. Ada gak kawan ajak gie Malaysia Hall di London, tapi tah la...rasa mcm malas jek...takpe la...so pagi tu pergi ke Brunel untuk solat sunat aidil adha jam 8.30 pg. Lagipun raya ni jatuh hari Rabu (working days) jadi...suasana macam biasa je.
Tapi hari tu, aku dan mahadi (staf UTM) telah men"cuti"kan diri. Disebabkan takde sesiapa yg buat majlis sambutan kat rumah mereka (hari kerja kan), maka aku ajak la mahadi datang ke "restoran" aku untuk menikmati "Nasi Ayam Ala-ala"....
Inilah hasilnya...Selamat Menjamu Mata!

Ada ayam goreng madu, salad, sup sayur...hehe boleh la...aku akan buat lebih banyak eksperimen....

Hondaku Tertinggal di Malaysia....Kini...

Hari nie dah 31 Disember 2007. Maaf sesangat sebab agak lama jugak tak posting kat sini. Bukannya "membekukan" diri...sekadar menunaikan tanggungjawab terhadap perkara yang lebih utama.
Tapi, tak mengapa...bagi mengakhiri kalendar 2007...beberapa posting nie diharap dapat mengubat luka ini kepada semua yang ada di Malaysia.


Setelah hampir 3 minggu berjalan kaki ke University, akhirnya aku berubah mod pengangkutan kepada sebuah basikal. Aku beli basikal nie pun 2nd hand je daripada Kak Ina (yang pakai baju merah gambar di bawah nie) dengan harga 50 GBP....Alhamdulillah, masa perjalanan dari 40 minit (berjalan kaki) dipendekkan kepada 15 minit (berbasikal). Insya Allah balik Malaysia nanti boleh la aku sertai LTDL...hehe....Sepanjang naik basikal nie...hehe lucu gak...nak kayuh naik bukit...aduih semput gak...dan nak sesuaikan dengan kaedah pemanduan di negara penjajah nie...Hondaku....rindunya...JHV 6905


Ini lah gambar abg rashid dan kak ina (serta kak aida dan abg husni) ketika majlis makan sup di rumah (NISHA - Husni & Sha). Aku apa lagi, pantang org jemput ajak makan...kalau free memang sentiasa ON jek la..."rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari".

Thursday, 20 December 2007

Conferences and Journal Opportunities [Reminder]

From Assoc. Prof. Dr. Ibrahim Ahmad (JKEES, FK UKM)

"Untuk makluman:
International Conference on Electronic Manufacturing Technology (IEMT2008) akan dibuat pada 4-6Nov 2008 di Penang, Saya jadiTechnical Chair, leaflet sedang dibuat, siap saya hantar,

Satu lagi ICSE2008 pad penghujung bulan Nov2008. saya ajk juga.nanti dah siap brochure saya maklumkan..."

and publication in:

IEEE Journal of Selected Topics in Signal Processing (J-STSP) Special Issue on DSP Techniques for RF/Analog Circuit Impairments

  • Submission deadline : June 1, 2008
  • First round of reviews completed : September 15, 2008
  • Revised manuscripts due : November 1, 2009
  • Second round of reviews completed : January 1, 2009
  • Final manuscripts due : February 1, 2009

Tuesday, 18 December 2007

Salam Aidil Adha 1428 (19 Disember 2007 - London)


Norazizan Bin Ismail

Sahabat lama...Norazizan Bin Ismail
Semoga ukhwah akan berkekalan...segala kebaikan tidak mampu dibalas. Panjang umur, kita akan bertemu lagi. Insya Allah

Monday, 17 December 2007

Waktu Solat, Ifftar...

Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat menyempurnakan ibadah puasa dalam bulan Zulhijjah ini. Tadi juga berbuka puasa bersama-sama jemaah di surau. Satu perkara positif yang jelas di sini ialah kesediaan memberikan sedekah. Bayangkanlah, selama 9 hari dalam bulan Zulhijjah ini dihidangkan pelbagai hidangan untuk jemaah yang berpuasa. Ini pengajaran yang patut dibawa balik ke tanah air. Suasana ini hanya kelihatan di Malaysia dalam bulan Ramadhan sahaja.
Dalam menikmati juadah berbuka (Ayam Goreng, Kentang Goreng dan Pizza) kami berbual-bual berkenaan masalah prayer room dan solat Jumaat. Presiden dan Naib Presiden Brunel Islamic Society meminta kami agar menghantar rungutan kepada Presiden Pelajar Brunel untuk diambil tindakan (masalah Prayer Room - heater dah mati...air panas di tempat mengambil duduk juga telah "mati). Inilah hakikat yang perlu dihadapi dan cabaran menunaikan ibadah di sini.




Ini pula jadual waktu solat fardu di sini. Lihatlah, perkembangan ilmu membantu memudahkan kita dalam menunaikan ibadah.
Akhir kalam, kepada semua;
"Selamat Menunaikan Ibadah Dengan Berkualiti"

Mak, Bak...


Pagi nie, bukak e-mel ada emel dari Zulia. Alhamdulillah. Ini gambar terkini mak dan bak selepas kemalangan. Nampaknya mak dan bak semakin sembuh dan ceria bersama bakal menantunya.
Terima kasih buat bakal menantu Encik Ahmad dan Puan Halijah kerana sudi bertandang dan merakamkan foto buat saya yang berada di rantau orang ini.


"Ya Allah, berikanlah kami semua lindungan, beriman dalam agamaMu, hindarilah kami dari azab api neraka"

Cabaran, Harapan? Mampukah aku menggalasnya? [2]





Saban hari, keluarga, Zulia, Ustazah Shakila, Sahabat-sahabat (tak mampu disenaraikan di sini) serta rakan pelajar juga banyak menghantar e-mel memberikan dorongan dan semangat. Terima kasih buat semua. Jasa baik kalian, tidak mampu aku bayar...Hanya Allah dapat membalasnya...Didoakan, agar kalian semua berada di bawah lembayung rahmat Allah Maha Pencipta.

Cabaran, Harapan? Mampukah aku menggalasnya? [1]






Sunday, 16 December 2007

Search Engine (Scopus)



Material credit to Dr. Jonathan