My Calendar

Saturday 15 December 2007

Untuk Mak, Bak, Keluarga dan Semuanya


Alhamdulillah, kini dah masuk 3 minggu di rantau orang. Rumusan:
KERJA AKADEMIK:
Masih di peringkat awal. Proses pembacaan dan penulisan sedang dilaksanakan, walau bila semakin membaca, semakin terasa dangkal ilmu yang ada. Pelbagai sumber dirujuk (kebanyakkannya jurnal berwasit) dan juga kelas-kelas akademik yang dihadiri sangat membantu (Literature Review Class, Dissertation Proposal Class, Report Writing Class). Apa yang pasti, sasaran/hasil setelah selesai fasa ini ialah sebuah artikel mesti disiapkan untuk diterbitkan sebagai "Review Paper". Penyelia ingin lihat hasil kerja ini pada 4 Januari 2007.
HUBUNGAN KEKELUARGAAN:
Hikmah kenapa kita perlu berhijrah juga, antaranya ialah agar kita lebih bijak menghargai erti dan nilai kasih sayang. Rasa kerinduan kepada mak, bak dan keluarga sangat menebal. Walaupun hanya jarak England dan Malaysia yang memisahkan kita, namun erti kasih dan sayang tidak wajar dipisahkan oleh jarak.
Antara yang aku pelajari tabiat masyarakat di England ini ialah, mereka sangat menghargai perayaan Chirstmas. Penuh kompleks membeli belah dengan mereka untuk membeli hadiah dan memberikan hadiah kepada keluarga dan teman mereka. Ini yang kurang aku laksanakan.
Malah mereka aku bercuti (lazimnya - aku rujuk kepada rakan-rakan di makmal aku) 2 minggu sebelum dan 2 minggu selepas Christmas. Demi mengukuhkan ikatan persaudaraan mereka. Bagaimana dengan aku? Ambil yang baik sebagai pengajaran.
HUBUNGAN SEBAGAI HAMBA ALLAH:
Alhamdulillah, semakin dapat menyesuaikan diri dengan sahabat-sahabat yang sering aku jumpa di Prayer Room. Ada kawan Nafa'i (Nigeria), Abdullah (Tanzania) dan Adnan (Pakistan), sering menjadi rakan berbual soal Islam, Politik dan Antabangsa. Mereka jauh lebih berpengetahuan dari aku. Malu sungguh...
Di sini, aku lebih menghargai erti solat. Kerana benar-benar menguji diri kita yang sebenar. Kalau di Malaysia, masjid ada di mana-mana, namun berapa saf sahaja yang dipenuhi? Bezanya di sini, Prayer Room yang dikhaskan terlalu kecil, tanpa karpet dan heater (bayangkan la sejuknya bagaimana) - surau ini mesti penuh. Malah dalam bulan Zulhijjah ini juga, ada Ifftar (berbuka puasa) antara 1 - 9 Zulhijjah. Benarlah, ISLAM itu tidak disempadankan oleh warna kulit.
Insya Allah di sini akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada Rabu (19 Disember 2007). Pertama kali berjauhan dengan keluarga, benar-benar mengajar apa itu erti
PENGORBANAN.

3 comments:

::abu iman:: said...

slamat ber-mujahadah.. :)

afandiahmad said...

nie pali my x-roomate ke fazli omar?
Anyway, thanks

Unknown said...

tersentuh sungguh...en...mudahan semua dimudahkan...